“Bff Goals! Jumpa Jodoh Sama-Sama” – Rakan Karib Elfira Loy Selamat Bertunang. Tahniah!

Pelakon Elfira Loy mendedahkan rakan karibnya, Nur Anis yang merupakan anak kepada pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Rosyam Nor telah selamat melangsungkan pertunangan pada 12 Januari lalu.

Menurut Elfira, Anis bertunang pada hari yang sama dengan majlis resepsinya bersama suami, Faris Khairol Anuar serta hari pertunangan pelakon, Bella Dally.

Berita gembira itu dikongsi menerusi kemas kini akaun Instagramnya semalam.

“Ni lagi sorang, bertunang jugak on the same day as Bella and my reception.

“We’re such a bae, now we shared special date together, we shall celebrate it together.

“Haha congratulations @_aniskiss my secret cupid, of course I wish nothing but anything that makes you happy & happier,” tulis Elfira.

Rata-rata pengikut Elfira mengucapkan tahniah kepada Anis serta tumpang gembira kerana mereka bertiga sudah bertemu pilihan hati.

 

Sumber: gempak

“I LOVE YOU ANIS”, RUPANYA ANAK DATUK ROSYAM NOR KENALKAN FARIS KEPADA ELFIRA LOY.

Pelakon Elfira Loy mendedahkan perkenalan dengan suaminya, Faris Khairol Anuar adalah melalui rakan baiknya, Nur Anis yang merupakan anak kepada pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Rosyam Nor. Menurut Elfira, Anis yang memperkenalkan Faris kepadanya malah menyakinkan dirinya untuk kembali bercinta. Perkongsian itu dibuat menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, semalam. Tahniah hasil perkenalan dari kawan baik ke jinjang pelamin

“I keep this photo for this special moment to come, thank you Anis for introducing Faris to me and actually convinced me all the way to be loved again.

“I love you anis ahhahahaha @_anisk iss. My cupid,” tulis Elfira.

Anis turut memuat naik foto bersama Elfira dan Faris di IG serta meluahkan perasaan gembira melihat rakan baiknya berkahwin pada 1 Januari lalu.

Malah, Anis juga menyatakan misinya telah berjaya.

“The last picture…I really really something to a new beginning, today!

“I guess, i am the happiest friend alive today to see both of my respective friends get married to each other!!

“Guys my mission is accomplished. I mean, just by looking at these two friend of mine..

“I am super amazed on how HE has planned for their beautiful paths, their beautiful jodoh.

“One thing that I’ve learned is; Yakinlah pada jodoh & pertemuan Allah SWT.

“To Faris @fariskanuar & El @elfiraloy, Baraka Allahu lakuma, Wa baraka’alaykuma Wa jama’a baynakuma Fi khayr!” tulis Anis.

Elfira dan Faris selamat diijabkabulkan pada 1 Januari 2019 yang lalu di sebuah majlis tertutup.

Kawan Baik Dedahkan Elfira Loy Gadis Idaman Faris 5 Tahun Lalu.

Penyampai radio ERA, Hani Fadzli mendedahkan Elfira pernah menjadi gadis idaman Faris Anuar sejak lima tahun lalu. Kata Hani yang turut sama teruja, jodoh itu perkara yang cukup indah buat pasaa ngan pengantin baru itu.”So happy for them both! @fariskanuar used to say in class last time that his dream girl was @elfiraloy.

“That was 5 years ago. And today he got to marry his dream girl. Jodoh is a wonderful thing,” tulisnya menerusi Instastories baru-baru ini.

Sebelum itu pada 1 Jan 2019, dengan sekali lafaz, pelakon yang juga ahli perniagaan, Elfira Loy sah menjadi isteri kepada Muhammad Faris Khairol Anuar, pagi tadi.

Dinikahkan bapa pengantin perempuan, Ahmad Sabri Ariffin, upacara yang bermula jam 9 pagi tadi itu berlangsung dalam majlis tertutup di sebuah lokasi di Cyberjaya.

Elfira yang ayu mengenakan persalinan rekaan pereka kegemarannya, Rizman Ruzaini turut memaklumkan berita pernikahannya dengan berkongsi sekeping gambar di Instagram, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Bersama catatan ringkas, Alhamdulillah, perkongsian Elfira itu diiringi ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat.

Pasaa ngan itu terlebih dahulu bertunang dalam satu majlis tertutup pada September lalu.

Hubungan Elfira dan suaminya mula dihidu apabila dia memuat naik gambar bersama seorang jejaka pada 19 Ogos lalu berserta kapsyen: ‘Buang kebencian, lahirlah kebahagiaan’, mencetuskan andaian dirinya sedang dilamun cinta.

Efira bagaimanapun, ketika ditanya mengenai lelaki itu enggan memberikan sebarang kenyataan, malah menafikan cuba melakukan gimik untuk menarik perhatian umum.

Majlis resepsi pasaa ngan itu berlangsung pada 5 Januari  di ibu negara.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : Gempak via @menujukebenaran


Apa Kata Anda?