“Bila Aku Tengok Video Ini, Aku Rasa Sedih Sangat” – DJ Fuzz Imbau Kenangan Bersama Adib

Komposer DJ Fuzz meluahkan rasa sedih apabila menyaksikan semula video ketika anaknya bersama dengan anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Menerusi entri di Instagram (IG), DJ Fuzz atau nama sebenarnya Farwa De Attaher Emir berkongsi video semasa anaknya diberikan peluang untuk menaiki trak bomba.

“Innalillah. Bila aku tengok video ni aku rasa sedih sangat. Alfatihah.

“Dulu pernah jumpa dia sekali, masa bawak Jordan pergi naik Fire Truck. Oh my,” tulisnya.

VIDEO:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Innalillah… bila aku tgk video ni aku rasa sedih sangat. Alfatihah. . . Dulu pernah jumpa dia sekali masa bawak Jordan pergi naik Fire Truck. Oh my.

A post shared by DJ Fuzz (@officialdjfuzz) on

Rata-rata mengakui sedih serta terkesan dengan pemergian Adib dan mendoakan agar beliau tenang disana.

Rata-rata pengguna laman sosial menggelarkan Muhammad Adib sebagai seorang wira negara kerana terk0rban selepas dipvkvl teruk ketika melakukan tugas berkaitan lnsiden di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, bulan lalu.

Perjalanan Terakhir Anggota Adib Yang Bukan Biasa Biasa. Ini Yang Terjadi Sebelum Dia Pulang Ke Kampung Halaman

Artikel Berkaitan : 

SUBANG: Setelah bertarung nywa di Institut Jantung Negara (IJN) selama tiga minggu, kini tiba masanya untuk wira kesayangan negara Muhammad Adib Mohd Kassim pulang ke kampung halamannya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah.

Namun, kali ini kepulangannya berbeza daripada yang sebelumnya. Kerana, hanya jsadnya yang terletak di dalam ker*nda berbalutkan Jalur Gemilang, tanda tew4snya seorang perwira negara.

Perjalanan terkhir wira ini bukan biasa-biasa. Menerima penghormatan terkhir dari pegawai kanan serta rakan seperjuangan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Bahkan lebih luar biasa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Sr Siti Hasmah Ali sendiri hadir ke Pangkalan Udara JBPM Subang untuk sama-sama menghantar Muhammad Adib menaiki Helikopter Mi17-IV.

Mohd Kassim (kanan) kelihatan tenang mengiringi keranda jenazah di dalam helikopter. Astro AWANI/FIRDAUS AZIL

Mohd Kassim (kanan) kelihatan tenang mengiringi kernda jen4zah di dalam helikopter. 

Sedang di atas helikopter, cebisan ini ditulis, sambil mata ini menyaksikan sendiri ketenangan yang tertera di wajah ayahnya, Mohd Kassim Abdul Hamid.

Biarpun jsad anak kesayangannya di depan mata, Mohd Kassim hanya termenung memerhati ker4nda berbalutkan bendera Malaysia.

Mata ini juga menyaksikan tunang Muhammad Adib, Nurul Najihah Mohd Radzi, memeluk erat beg sandangnya sambil turut merenung ker4nda di depan mata.

Nurul Najihah (kanan) menahan airmata sambil mengiringi perjalanan arwah tunangnya pulang ke kampung halaman. Astro AWANI/FIRDAUS AZIL

Nurul Najihah (kanan) menahan airmata sambil mengiringi perjalanan arwh tunangnya pulang ke kampung halaman. 

Muhammad Adib dan Nurul Najihah merancang mengadakan majlis perkahwinan mereka pada Sabtu, 22 Disember ini.

Kepedihan dan kesedihan mereka barang kali tiada siapa mampu menduga.

Perjalanan ini, menurut pegawai bomba yang mengiringi, akan memakan masa kira-kira 1 jam 45 minit sebelum mendarat di Sekolah Kebangsaan Tebengau, Kuala Kedah.

Difahamkan, Muhammad Adib akan dikebumlkan di tanah perkvburan di Kampung Tebengau sebelum Zohor.

Sumber Artikel : Astro Awani

Lagi gambar perjalanan terakhir anggota bomba Adib. Semoga beliau dicucuri rahmat. Innallilah ..

JEN4ZH Allahyrham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, selamat tiba di Padang Sekolah Kebangsaan Tebengau jam 10.35 pagi dengan menaiki helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Lapangan Terbang Subang untuk urusan pengebvmlan di kampung halamannya di Kampung Tebengau. NSTP/Sharul Hafiz Zam

ORANG ramai menunggu jenz4h Muhammad Adib Mohd Kassim yang diterbangkan dengan helikopter Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dari Lapangan Terbang Subang di Padang Sekolah Kebangsaan Tebengau. – NSTP/Sharul Hafiz Zam

sumber: Kuala Lumpur viral

Gurauan terakhir Adib

“ADIB pernah bergurau, kalau berlaku kem4l*ngan ketika majlis bertandang ke rumah bakal isterinya nanti, dia sendiri akan bantu memot0ng kenderaan untuk menyelamatkan kami sebab dia anggota bomba,” kata Mohd Shukur Othman, 53.

Mohd Shukur adalah datuk saudara Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang menlngg4l dunia malam tadi akibat ced3ra parh akibat dipvkul ketika berlaku kekecohan di kuil Maha Mariamman USJ/25 Subang Jaya, Selangor bulan lalu.

Menurut Mohd Shukur, mereka hanya mengetahui Muhammad Adib sudah m3nlnggal ketika baru selesai membaca Yasin kira-kira jam 10 malam tadi.

Katanya, dia sempat menemani anak saudaranya itu selama seminggu ketika dia berada di Institut Jntung Negara (IJN), Kuala Lumpur yang ketika itu Allahyrham sempat memberi tindak balas.

“Arwh menulis di papan hitam yang dia hendak balik ke kampung dan tulis tanya mana mak? Sebab waktu itu dia tidak dapat bercakap disebabkan banyak wayar di badannya selain keadaannya yang agak lemah.

“Saya tak sangka perkara ini akan terjadi malah kami sekeluarga tidak putus berdoa dengan mengadakan majlis bacaan Yasin dan solat Hajat supaya dia kembali pulih namun dia pergi jua akhirnya,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga Allahyrham di Kampung Tebengau, Jalan Kuala Kedah.

Mohd Shukur berkata, persiapan untuk majlis perkahwinan Muhammad Adib yang dijadual berlangsung Ahad ini sudah dilakukan hampir 80 peratus namun segala-galanya bertukar menjadi kenduri thlil.

Katanya, Allahyarham seorang pendiam dan sangat baik dalam keluarga malah ketika dia pulang ke kampung bulan lalu, dia banyak menghabiskan masa memancing dan berjalan di keliling kampung.

“Dia juga baru membeli sebuah Perodua Myvi dua bulan lalu yang ditinggalkan di sini untuk memudahkan mereka bertandang ke rumah bakal isterinya ketika majlis perkahwinannya nanti,” katanya.

Sepupu mngsa, Amirul Ameer Azmi, 23, berkata, arwh tidak nampak sangat perubahan ketika pulang ke kampung baru-baru ini tetapi dia banyak bertanyakan saya mengenai bomba.

Katanya, kebetulan dia juga baru bertugas sebagai Pegawai Bomba Bantuan (PBB) di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan dan Allahyrham banyak bertanyakan mengenai hal kerjanya.

“Kami membesar bersama sejak kecil dan saya sedih dengan apa yang berlaku kerana arwh seorang yang sangat baik,” katanya.

Jenz4h Muhammad Adib dijangka tiba di rumahnya di Kampung Tebengau jam 9 pagi ini dan akan di sembahyangkan di Masjid As Saadah, Kuala Tebengau sebelum dikebvmlkan hari ini.

Sumber: Metro


Apa Kata Anda?