Bila Ella Pass Mikrofon Kat Siti Nurhaliza, Lupa Lirik Tapi Tetap Sedap Nyanyi

Baru-baru ini Ella telah muncul dalam satu persembahan sempena Nona Superwoman Award. Pada malam tersebut Ella telah mendendangkan lagu berhantu beliau iaitu Standing In The Eyes Of The World.

Apa menarik perhatian ramai adalah, sewaktu sedang mendendangkan lagu itu beliau sambil berjalan ke meja penonton, terlihat kelibat penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Siti Nurhaliza.

Dengan secara spontannya, Ella memberikan mikrofonnya kepada Datuk Siti yang waktu itu sedang duduk bersama hadirin lain untuk sama-sama menyanyikan lagu itu. Dan langsung tidak mengecewakan, Datuk Siti menerima pelawaan Ella itu apabila menyambung menyanyikan lagu tersebut.

Kebetulan Datuk Siti kena sambung lagu itu part high note, namun dengan selambanya melontarkan suaranya sehingga mendapat tepukan gemuruh hadirin lain.

Meskipun dalam keadaan spontan dan sedang duduk, suara Datuk Siti tetap mengancam, berdiri bulu roma bila mendengarnya.

Skrol ke bawah untuk lihat video

Berikut adalah lirik lagu itu

” Kini “Standing In The Eyes Of The World”

Hanyalah selangkah dari nyata

Keazaman membara di jiwa

Menanti saat bebas merdeka

Tiba masa kau melangkah gagah

Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya

Engkau terunggul

Wajar “Standing In The Eyes Of The World”..”

Begitulah lirik lagu yang pernah menyentuh hati kita semua pada suatu ketika dahulu. Lagu nyanyian ratu rock Malaysia, Ella, yang berjudul ‘Standing In The Eyes Of The World’, merupakan lagu rasmi Sukan Komanwel 1998 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Lagu tersebut mendapat perhatian daripada penonton dan tidak lapuk dek zaman. Sememangnya ia mempunyai kualiti yang tersendiri.

Lagu ciptaan komposer Wah Idris bersama penyanyi barat terkenal, David Gates, itu tidak semata-mata memfokuskan untuk Sukan Komanwel, sebaliknya mengandungi mesej jitu dan bersemangat.

Mengimbau kembali kenangan manis tersebut, Ella satu-satunya artis Malaysia yang diangkat menjadi penyanyi lagu tema tersebut.

Paling membanggakan, Ella bukan sahaja menjadi penyanyi tema Sukan Komanwel Malaysia, beliau juga merupakan artis pertama Asia yang menjadi Duta Sukan Komanwel Asia.

Bahkan, lagu ini turut mendapat tempat di sekolah mahupun universiti kerana ia digunakan ketika kem atau kursus motivasi bagi menaikkan semangat para peserta program.

Lagu ini menjadi tular di media sosial apabila penyanyi no.1 Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyampaikan sedikit lagu tersebut walaupun terlupa lirik.

Lihat video di bawah

Jom baca komen netizen di bawah

” Sherizatul Nadia  Duduk pun nyanyi sedap.. buat humming masa kat meletop hari tu pun sedap.. ni klo tgh berdengkur pun aku rasa bunyi dengkuran dato ct pun boleh menang juara lagu laa..”

” Muhammad Firdaus Roslin  Ella ni pass mic kat dato ct jadi sedap walaupon xingat lirik , kalau Ouh’ Ella pass mic kat Muhammad Azim jadi hanat..”

” Putri Hunny Tengku Kamariah Dua2 legend yg patut dijadikan idola..”

” Syah Rey Erry Legend padu dua2 ni..fuhh..”

” Chanteq Khadijah Chanteq  comey jer tokti.lupa lirik cpt2 ambek tgn ella mntk bantuan..”

” Intan Humairah Humaidi  Sempoi suara siti cering bulu roma bila dgr suara dia…merdu btoi…ella pun suara best utk rock sempoi..”

“Chik Rsmz Suara dato ct mnyanyi ddk pon sdp.. klu aku nyanyi mesti nasi tersangkut nasi kat kerongkong”

“Atika Aziz ella dengan tokti suara msih padu”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : stadiumastro dan rotikaya


Apa Kata Anda?