[VIDEO] “Kau Duduk Dalam Rumput Je”, Bila Perempuan Pertama Kali Main PUBG Beginilah Jadinya…Memang Lawak!

PUBG Mobile, permainan dalam talian yang masih popular sehingga ke hari ini. Jika sebelum ini viral dengan beberapa kisah yang berkaitan dengan PUBG Online, tapi kali ini kisah gelagat bila perempuan main permainan popular ini pula.

Beberapa hari lalu viral dengan satu video beberapa gadis yang main PUBG Mobile. Dengan perkongsian lebih dari 8,000 dan 5,000 likes, difahamkan pemilik akaun Twitter berkongsikan rakaman dia dan rakan-rakan yang lain bermain PUBG.

Tapi yang kelakarnya apabila, salah seorang rakannya baru pertama kali sertai mereka bermain PUBG Mobile ini. Dan…hanya dia sahaja yang tinggal masih hidup dalam permainan itu. Yang lain semua sudah tiada nyawa.

Jadi untuk meneruskan permainan mereka guide kawannya yang masih hidup itu. Yang kelakarnya, kawan dia yang tinggal itu tiada senjata! Pastu semua pun macam gelabah, suruh kawan dia itu menyorok dalam rumput. Korang tengok video di bawah;

Memang cukup mendebarkan bila saat ada kenderaan musuh lalu di sebelah. Nasib baik tak nampak.

Selepas berjuang sehabis baik, akhirnya kawan dia itu matl juga.

Rata-rata warga Twitter turut terhibur dan meninggalkan komen seperti berikut:

Gitulah gelagat perempuan bila turut serta main permainan dalam talian popular ini. Apa pun boleh untuk hiburkan hati kan?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: Twitter  / HCL


Apa Kata Anda?