“Atiqah Atiqah, Aku Songkek Kepala Ko Kang” – Lawak Habis Bila Shuib Kena Sound Dengan Siti Sarah

Baru-baru ini Shuib Sepahtu telah memuat naik sebuah video terbaru beliau sedang menyanyikan lagu Atiqah Songket ketika dalam kereta.

Dalam video tersebut, pada awalnya kelihatan seperti Shuib seorang sahaja dalam kereta, dan beliau mula menyanyi lagu tersebut. ” Atiqah..Atiqah songket, wajahmu rupawannn”, nyanyi si Shuib.

Sekali keluar suara kat sebelah Shuib, ” Atiqah, Atiqah..aku songket kepala kau karang!!” hahaha rupanya suara si Siti Sarah menyergah suaminya itu yang sedang seronok menyanyi kat sebelah.

Memang bunyi agak kasar, tapi umum sedia maklum Shuib dan Siti Sarah masing-masing sekepala dan suka bergurau kasar sesama mereka.

Rata-rata netizen begitu terhibur dengan aksi dan gelagak Shuib dan isterinya, Siti Sarah itu. Ramai yang berulang kali tengok sampi ketawa berdekah-dekah. Hahaha memang lawak betul pasangan suami isteri ni..

Dalam kapsyen video tersebut, Shuib telah menulis;

” Lagu ni dok main dalam kepala!! Menyongket nyongket lagu niii!! Tahniah @kanda_khairul_official!! Insyaallah oadu!! @harry_khalifah”

Berdasarkan carian admin, lagu Atiqah Songket tersebut adalah lagu terbaru oleh Harry Khalifah. Jadi anda boleh dengar versi asal oleh Harry Khalifah dalam video di bawah.

Jom baca apa komen netizen di bawah

Mai mana lah songket hahaha…

Macam lagu roti gardenia…

Keluar air mata aku dengar kau nyanyi bang…

 

Semetara itu, admin juga ingin berkongsi kisah terdahulu pasangan Shuib dan Siti Sarah ini. Pastinya anda masih ingat tentang Siti Sarah yang kena kutuk dengan Shuib. Dek kerana mahu tampil kreatif dalam berfesyen, penyanyi Siti Sarah ditegur suaminya.

Menerusi perkongsian video di YouTube Siti Sarah Channel itu, menyaksikan Shuib, 34, berkata, pemakaian isterinya itu jelas tidak menampakkan stail, tetapi seperti otak yang terkeluar daripada kepala.

” Ini bukan turban tapi macam otak di sebelah tepi. You dah tak ada fesyen lain ke? Ini bukan fesyen, dah macam ular sedang membelit kepala you sampai terkeluar otak, you ada otak ke tak ada otak?

” Tak malu ke? Malu lah…,” tegur Shuib.

Sementara itu Siti Sarah turut memuat naik video tersebut di IG milik beliau. Kapsyen merujuk kepada video tersebut mengundang gelak tawa netizen.

” Die ni kalau tak puas hati die kejar dan kutuk depan muke @shuibsepahtu melampau betul .. saya boleh naik hantu … youtube siti sarah channel boleh tengok kejadian sebenar!! dan ingat ye your time will come” 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: Instagram shuibsepahtu via newscoviral


Apa Kata Anda?