[FOTO&VIDEO] Ini Biodata Noryn Aziz Juara GV5, Ramai Terkejut Lepas Tahu Siapa Bekas Suami Dia

(Skrol ke bawaah untuk menonton video)

Konsert akhir GV5 bakal berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), serta dikeudarakan secara langsung di saluran Astro Ria pada 18 November, jam 9 malam.

Keputusan diadili sepenuhnya oleh juri profesional yang terdiri daripada dua juri tetap, pengarah muzik Datuk Ramli MS dan penyanyi Datuk Khatijah Ibrahim, serta juri undangan.

Akhirnya terjawab sudah selepas beberapa minggu peserta berentap apabila Juara Gegar Vaganza 5 2018 dimenangi oleh Noryn Aziz. Seperti yang diramal oleh ramai peminat dan pengamal media yang memilih Noryn sebagai juara.

Dalam pada itu keputusan penuh Gegar Vaganza 5 adalah seperti berikut,

Juara – Noryn Aziz

Naib Juara – Dia Fadila

Tempat ke 3 – Zamani

Tempat ke 4 – Amelina

Tempat ke 5 – Maya

Tempat ke 6 – Billy Zulkarnain

Biodata

Nama penuh: Norazmahwati binti Abdul Aziz

Nama pentas: Noryn Aziz

Tarikh lahir: 26 November 1976

Umur: 42 tahun

Tempat lahir: Shah Alam, Selangor

Pendidikan: Pengajian muzik di ITM, Selangor

Pekerjaan: Penyanyi dan penulis lagu

Syarikat rakaman: Maze Entertainment Sdn. Bhd.

Media sosial: Instagram @norynaziz dan Facebook Noryn Aziz

Fakta Menarik

1. Dikenali sebagai penyanyi yang memperjuangkan muzik Jazz dan R&B.

2. Memulakan kariernya dengan menganggotai kumpulan Sister-Sister pada tahun 1996, sebelum bergelar penyanyi solo sejak tahun 1997 menerusi album Fantasi O Realiti, diikuti Alam Maya (2006) dan I’m Alright (2010).

3. Antara lagu popularnya termasuk Cerita Cinta, Fantasi o Realiti dan Lara.

4. Pada November 1998, Noryn mendirikan rumah tangga dengan suami pertamanya, Anuarol Nizam Kechik @ Hamir.

5. Noryn berkahwin buat kali kedua pada 22 Januari 2010 dengan seorang arkitek bernama Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad. Raja Kamarul Bahrin juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Terengganu pada 2018.

6. Perkahwinan mereka beroleh seorang cahaya mata lelaki bernama Raja Bariq Umar Shah, berusia 4 tahun (2018).

7. Sejak tahun 2011, Noryn mula tampil di khalayak dengan penampilan bertudung.

8. Melalui laporan media, suami beliau mengesahkan permohonan penceraian mereka yang difailkan sejak tahun 2017, namun tarikh yang spesifik tidak didedahkan.

9. Pada September 2018, Noryn menyertai program realiti popular, Gegar Vaganza musim kelima, bersaing dengan 11 lagi penyanyi berpengalaman iaitu Amelina, Safura, Maya, Farawahida, Hetty Sarlene, Dia Fadila, Zamani Slam, Shafie (Rio), kumpulan Elite, Forteen dan pasangan duo Billy Zulkarnain.

Jom baca komen netizen di bawah

Ini Biodata Noryn Aziz Juara GV5, Ramai Terkejut Lepas Tahu Siapa Suami Dia

Jom lihat persembahan mantap Noryn Aziz

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: iluminasi Via mediaagong


Apa Kata Anda?