[VIDEO] ‘Birthday Prank’ Sampai Mengalir Air Mata..

(Skroll ke bawah untuk tonton video penuh)

PENGACARA Uyaina Arshad mengumumkan akan pulang ke tanahair dan tidak akan mengacarakan program Dangdut Akademi Asia (DAA) Keempat di Indonesia, semalam.

Menerusi pengumuman yang dibuat secara langsung itu, Uyaina tidak memberitahu punca kenapa namanya ‘digugurkan’ sebaliknya dia dilihat kelu dan tidak henti mengalirkan air mata.

Bagaimanapun situasi terbabit hanyalah sekadar ‘prank’ sempena ulang tahun kelahirannya ke-26 yang dibuat pihak produksi terbabit dengan kerjasama barisan juri dan pengacara bersama program itu.

Uyaina berkata, dia terkejut dan situasi itu tidak akan padam dalam ingatannya.

“Birthday prank yang tidak akan saya lupakan seumur hidup.

“Terima kasih kepada keluarga DAA4 yang cukup saya sayangi,”katanya.

Menurut Uyaina, kesemua pihak yang menjayakan ‘prank’ itu adalah pelakon filem terhebat.

“Saya reda ketika dibul1 mereka. Walaupun ger4m saya tetap sayangkan keluarga DAA4 ini,” katanya.

Uyaina muncul artis Malaysia pertama mengemudi program realiti popular terbitan stesen televisyen (TV) Indonesia bersama tiga hos lain iaitu Irfan Hakim, Ramzi dan Gilang Dirga.

CAPTION DI IG YANA 

Teman2 hosts (teramat julit/nakal) yang Yana sayang & sudah anggap seperti abang kandung Yana sendiri walaupun GERAMMMMMMM SANGATTTTTTTTT GRRRRR!!! Semuanya pelakon filem terhebat 

Apabila diberitahu Yana tak lagi menjadi host di #DAA4 dan harus pulang ke Malaysia… Ibu Maria sangat kejam………. Pelakon Wanita Terbaik

Apabila diberitahu Yana tak lagi menjadi host di #DAA4 dan harus pulang ke Malaysia… 😭😭😭 Ibu Maria sangat kejam………. Pelakon Wanita Terbaik 😭😭😭

Posted by And 9999 others like this. on Saturday, November 17, 2018

VIDEO PENUH :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber :  Metro


Apa Kata Anda?