Muat Naik Gambar Bride To Be, Fasha Sandha Sah Akan Berkahwin?

Terdahulu, terdapat khabar angin mengatakan pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz bakal mengikat tali pertunangan pada pertengahan November ini.

Beri Bayangan Akan Berkahwin

Terbaru, seperti memperakui khabar angin tersebut Fasha telah memuat naik gambarnya yang memakai selempang ‘Bride To Be’ di Instagram nya. Lazimnya, selempang itu akan dipakai oleh mereka yang akan berkahwin tidak lama lagi malah di ruangan komen pelakon tersebut turut dihujani ucapan tahniah.

Kad Undangan Pertunangan Sudah Diedarkan

Dalam perkembangan lain, menerusi laporan Harian Metro melaporkan kad undangan untuk majlis pertunangan Fasha dan Aidil sudah diedarkan.

Difahamkan majlis itu akan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak. Dikatakan pasangan ini akan melangsungkan majlis perkahwinan mereka pada tahun hadapan. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka!

Kad Sudah Diedar, Fasha Sandha & Aidil Bakal Bertunang?

Jika benar seperti apa yang disampaikan oleh Cik Pang melalui Harian Metro, tahniah diucapkan buat Fasha Sandha dan juga Aidil Aziz. Lagipun, peminat pun sememangnya sudah lama ternantikan saat bahagia ini. Menurut Cik Pang, majlis pertunangan akan dijalankan pada pertengahan November ini juga.

“Apa tarikh dipilih Fasha dan Aidil tidak pula Cik Pang tahu kerana maklumat berkaitan majlis pertunangan itu pun ada sumber yang menyampaikan kerana ujarnya kad undangan sudah diedar”

“Mengikut cerita sumber itu kepada Cik Pang lagi, majlis pertunangan Fasha dan Aidil juga akan dilangsungkan secara tertutup. Dalam erti kata lain, pasangan itu khabarnya hanya menjemput saudara dan kenalan rapat menghadiri majlis istimewa mereka,” jelas ruangan pojok tersebut.

Tambah sumbernya lagi, Fasha dan Aidil berkemungkinan akan melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan namun sebarang tarikh masih belum ditetapkan.

Apa pun, semoga segala persiapan dan juga perancangan ke arah membina rumahtangga bahagian pasangan ini akan dipermudahkan.

“Manis Bakal…” – Aliff Syukri Kantoikan Fasha Sandha Bakal Kahwin?

Baru saja semalam, Fasha Sandha kononnya bingung mengapa bekas suami mengucapkan tahniah kepadanya. Hari ini, khabarnya Datuk Aliff Syukri pula meninggalkan komen seolah Fasha bakal bernikah tidak lama lagi.

Menerusi Instagram Fasha telah memuat naik gambar bersama anaknya. Namun komen yang ditinggalkan Aliff seolah memberi bayangan rakan baiknya itu bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

Umum mengetahui Fasha dan Aliff memang bersahabat baik, jadi tidak hairanlah kalau berita baik itu diketahui Aliff. Dalam kenyataan Fasha sebelum ini juga, beliau tidak menafikan cuma meminta memberi masa.

Kalau sudah jodoh, tunggu apa lagi. Lagi cepat lagi bagus! Bekas suami, Jejai juga sudah memberi lampu hijau, siap dengan ucapan tahniah lagi awal-awal. Harap Fasha sudi berkongsi berita baik ini nanti. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

 

Sumber: Rotikaya via MediaOhsem


Apa Kata Anda?