[FOTO & VIDEO] “Ingat Senang Nak Bagi Markah Lepastu Nak Buat-Buat Tak Nampak Ayam Depan Mata Ni”, – Scha Alyahya

(Skroll ke bawah untuk tonton video)

Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018), sebuah program persembahan komedi yang paling dinantikan oleh para peminat lawak di rantau ini bakal membuka tirai pada setiap hari Jumaat bermula 2 November 2018, jam 10.00 malam selama 12 minggu berturut-turut.

MLM 2018 akan dipancarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124) dan untuk pilihan alternatif, program realiti pertandingan komedi ini turut boleh ditonton menerusi platform digital Astro GO dan ‘on demand’.

14 barisan peserta yang akan menjayakan MLM 2018 terdiri daripada peserta solo; ‘Dany Beler’ dan ‘Hilmy Ashley’, peserta duo; kumpulan ‘Taman’, ‘Shiro’, ‘Puteh’ dan ‘2B’ serta peserta trio; kumpulan ‘Bocey’, ‘Abata’, ‘Joras’, ‘Kiut’, ‘Masin’, ‘Abioso’, ‘Zero’ dan ‘Chilok’.

Mula bersiaran pada 2011, program realiti pertandingan komedi Maharaja Lawak Mega menggabungkan barisan pelawak terbaik dari Malaysia, Singapura dan Indonesia serta menyaksikan mereka membuat persembahan komedi berdasarkan tema mingguan yang diberi dalam merebut takhta ‘juara Maharaja Lawak Mega’. Kesemua mereka akan diadili oleh barisan juri dan penonton sebelum peserta dengan jumlah markah terendah disingkirkan daripada pertandingan.

Dengan rating tertinggi dicatat sebanyak 4.7 juta dan lebih 29 juta jumlah tontonan di platform digital, program Maharaja Lawak Mega mencatat sejarah pada tahun lalu apabila menjadi program lawak nombor satu di Malaysia. Bukan itu sahaja, video MLM 2017 juga menjadi antara video paling popular di platform Youtube Malaysia.

Maharaja Lawak Mega 2018 menerima kehadiran muka baharu yang juga merupakan finalis ‘Gegar Lawak’ iaitu kumpulan ‘Kiut’, ‘Abata’ dan ‘2B’. Pertandingan komedi yang berlangsung pada awal Januari tahun ini menyaksikan Kiut menjulang trofi juara, Abata pula menduduki tempat ketiga dan 2B di tempat kelima.

‘Dany Beler’ dan ‘Hilmy Ashley’, dua peserta solo yang baru pertama kali beraksi di pentas MLM pernah menyertai sebuah program pertandingan komedi paling popular di Indonesia di mana Dany berjaya menduduki tempat ketiga. Dalam pada itu, Hilmy yang juga merupakan personaliti televisyen merupakan satu-satunya peserta dari Malaysia yang berjaya menempatkan diri dalam kelompok 30 peserta terbaik, daripada ribuan penyertaan dalam pertandingan tersebut.

Antara tema persembahan mingguan pada musim ini adalah percutian, duit, muzikal, loghat & dialek, dikir barat, parodi, kenangan, mata pelajaran sekolah dan pelbagai lagi.

Kepelbagaian tema yang ditonjolkan setiap musim untuk melatari imej keseluruhan MLM pada musim tersebut diteruskan dengan pemilihan tema ‘Circus’ atau sarkas pula untuk penganjuran pada tahun 2018 ini. Tema ini dipilih kerana acap kali kita lihat mereka yang terlibat dengan sarkas memiliki karakter yang penuh warna-warni, amat unik dan tersendiri, namun pada masa yang sama memiliki satu misi seragam iaitu menghiburkan penonton. Penganjuran MLM dari tahun ke tahun bertunjangkan misi tersebut – ‘menghiburkan penonton’.

Anak seni yang cukup versatil, Dato’ AC Mizal buat sekian kalinya diberi tanggungjawab untuk menjayakan MLM 2018 selaku Pengacara. Manakala, meneruskan tradisi pengenalan barisan juri Maharaja Lawak Mega seperti musim-musim sebelumnya, pemilik tiga kerusi juri tetap hanya akan diumumkan secara eksklusif pada siaran langsung minggu pertama MLM 2018 kelak.

Daripada segi format pemarkahan pula, 70% jumlah pemarkahan akan diberikan oleh barisan juri manakala 30% daripada undian penonton melalui aplikasi TikTok dan akan dibuka secara rasmi pada 2 November 2018 jam 10.00 malam.

Bagi mereka yang tidak pernah terlepas menonton program realiti Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018) musim terbaru, pastinya ada yang perasaan ada ‘sesuatu’ istimewa yang terdapat di atas meja para juri. 

Mana tidaknya, terdapat dua bakul ayam KFC yang membuatkan penonton terliur melihatnya. 

Tambahan pula, juri tetap program tersebut, Scha Al-Yahya telah memuat naik beberapa keping foto di Instagrammya.

Ingat senang nak bagi markah lepastu nak buat buat tak nampak ayam depan mata ni ha.. 

KOMEN NETIZEN :

Love the last statement hahaha aku pon dok perati ayam tu x berusik

Bertabahlah dgn bau dia yang semerbak 2.. tumpang iklan iye scha visit my ig saya ada jual bengkung & legging by beby meambong dan pil putih gebu by izubeila.. Dtg tao

alaaaa sng je masa tngok dorg tu kt atas pentas grab la sketul ngap3,buat mcm masa g tngok wayang tu smbl2 tngok movie smbl2 kunyah popcorn kan3…

Tapi ayam kfc kalau biar lama2 gitu dah tak sedap. Dah masuk angin. Kena makan panas2

VIDEO MLM 2018 MONGGU ke 2:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : IG Scha Alyahya


Apa Kata Anda?