‘Bulatnya mata! Nak ngorat kena hadap ayah ke ibu?…’ – Kecomelan Hayla buat netizen geram!

Bukan sahaja ibu bapa yang popular sebagai seorang selebriti, malah anak-anak juga turut menerima tempias populariti daripada mereka. Kecomelan dan keletah masing-masing selalu menarik perhatian netizen terutamanya menerusi laman media sosial.

Terbaru, anak kepada pasangan pelakon Wawa Zainal dan Aeril Zafril iaitu Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa sekali lagi mencuri tumpuan apabila bapanya telah memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya.

Bulat sangat ke mata kita???

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Rakaman video berdurasi 21 saat tersebut kelihatan kanak-kanak comel berusia tiga tahun itu sedang menunggu waktu untuk berbuka puasa di sebuah restoran bersama ahli keluarganya.

Memang terkenal dengan matanya yang bulat dan besar, aksi dan gelagat Hayla mengundang rasa geram bagi penonton yang melihat video tersebut.

Walaupun bermuka agak ‘monyok’, namun kecomelan yang ditunjukkan oleh Hayla membuatkan para pengikut Instagram ayahnya tidak melepaskan peluang untuk memuji si cilik itu di ruangan komen.

Bulatnya mata…

Comel sangat…

Ikut muka siapa?

Geram tengok!

Tinggi saham ni…

Nak mengorat boleh?

Pipi pun bulat…

Bak kata peribahasa, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Jadi, ke mana tumpahnya kecomelan kalau tidak ke anak sendiri kan?

Sumber : Aeril Zafrel / Ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?