[20 FOTO] Woww Cantik Anak Dara Raja Azura Ni! Cukup Pakej!

Mana tidak tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Itulah yang min boleh katakan bila gambar Puteri Mia Maizura yang dikongsi di Instagram..

Cepat betul masa berlalu, dalam diam anak-anaknya semakin membesar dan semakin elok pula!

anak gadis Kak Engku Puteri Mia Maizura yang lebih dikenali dengan panggilan Mia di Instagramnya.

Amboi bukan main cun melecun anak gadis Kak Engku ni, sekali pandang teringat zaman Kak Engku muda-muda dulu. Okay, tak nak cakap banyak, korang tengok sendiri wajah terkini anak pengacara popular ini…

Tidak ubah seperti anak dara! Itulah yang boleh digambarkan pada penampilan serta susuk tubuh pelakon dan pengacara serba boleh, Raja Azura atau mesra disapa sebagai Kak Engku.

Memang tidak dinafikan, Kak Engku sangat mengambil berat soal kesihatan diri walaupun sudah memiliki tiga orang anak iaitu Megat Muhammad Raziq, Megat Luqman Hakim dan Puteri Mia Maizura.

Namun anak bongsu, Puteri Mia Maizura atau lebih mesra dengan panggilan Mia menarik perhatian orang ramai kerana memiliki rupa paras yang cantik dan mirip ibunya.

Kak Engku, Adzmin ‘berlakon’ demi anak-anak?

KISAH perceraian rumahtangga, Raja Azura Tengku Ahmad Tajuddin dengan Adzmin Osman bukanlah satu cerita baru. Malah pasangan yang pernah dianggap bahagia itu telah meletakkan titik akhir hubungan mereka pada 28 September tahun lalu.

Walaupun ramai yang tahu antara mereka sudah tiada apa-apa ikatan lagi, namun apa yang pasti, masih ramai wartawan yang cuba menjejaki dan menyelam hati penyampai radio Sinar FM. Ini kerana sejak perceraian itu, Raja Azura atau lebih mesra disapa Kak Engku masih mengharapkan keajaiban akan berlaku.

Disebabkan rasa cintanya yang begitu menebal terhadap bekas suami dan juga demi anak-anak tersayang, Kak Engku tidak malu melahirkan harapan agar sinar bahagia akan menyinari mereka sekeluarga.

Bagi Kak Engku, walaupun mereka telah bercerai namun jauh di sudut hati, ibu kepada tiga cahaya mata, Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Haqim, 7 dan Puteri Mia Maizura, 4, tidak pernah lelah mengharapkan agar mereka disatukan semula dalam ikatan yang sah.

Kini meskipun sudah lebih empat bulan berlalu dan harapan Kak Engku hanya tinggal harapan. apa yang nyata kehadirannya pada majlis meraikan calon Top 5 bagi kategori Pelakon Komedi Lelaki dan Wanita Popular Anugerah Bintang Popular 2010 (ABP 2010) di Hotel Le Meridien Rabu lalu menjadi tumpuan para wartawan.

Soalan demi soalan ditujukan kepada Kak Engku mengenai kehidupannya sebagai ibu tunggal termasuklah kontroversi dia berpimpin tangan dengan Adzmin di sebuah pusat membeli belah yang mengundang lara di hatinya.

Lantas, timbul tanda tanya tentang status hubungan mereka sama ada sudah rujuk semula atau pun sebaliknya.

Tanpa dapat ditahan, air mata Kak Engku mula bercucuran membasahi pipi apabila soala-soalan sensitif berkaitan dirinya dan bekas suami dilontarkan oleh pemberitai.

Sambil mengesat air mata, dengan nada sebak, Kak Engku menjelaskan, insiden berpegangan tangan itu hanyalah sandiwara di hadapan anak-anak mereka.

Jawapan diberikan itu sekali gus menepis dakwaan dia dan Adzmin sudah rujuk semula.

Cerita selebriti itu lagi, apa yang menambahkan pilu di hatinya, ketiga-tiga anaknya tidak tahu menahu mengenai penceraian mereka.

Alasannya, anak-anak masih terlalu kecil untuk dibebankan dengan masalah yang timbul atas kesalahan kedua-dua ibu bapa mereka.

“Sejak kami bercerai, anak-anak tidak pernah didedahkan dengan sebarang cerita mengenai perpisahan kami.

“Semua cerita panas berkaitan rumah tangga kami yang dipaparkan di kaca televisyen dan akhbar disorok daripada pengetahuan anak-anak.

“Mereka tidak bersalah. Jadi, tidak ada sebab untuk membiarkan mereka menanggung kesilapan yang telah kami buat sehingga berlakunya penceraian ini,” terang Kak Engku panjang lebar walaupun suaranya seakan-akan tenggelam akibat diselang-seli dengan tangisannya.

Lantaran itu, Kak Engku menambah, dia dan Adzmin telah berjanji agar hal perpisahan mereka dirahsiakan daripada pengetahuan anak-anak.

Disebabkan itu, bakal pengacara ABP 2010 itu memberitahu, dia dan Adzmin terpaksa ‘berlakon’ di hadapan zuriat mereka itu.

Bila ‘lakonan’ hendak ditamatkan?

Justeru, sampai bilakah sandiwara pemenang ABP 2002 dan ABP 2004 bagi kategori Pengacara Wanita Popular itu akan ditamatkan dan ke tahap manakah dia sanggup menipu anak-anaknya?

Kak Engku yang kembali tenang dan hilang sendu tangisnya, menghela nafas panjang sebelum menyambung perbualan.

Akuinya, biarlah dia berdusta asalkan anak-anaknya gembira dan tidak disogokkan dengan masalah yang melanda hubungannya dengan Adzmin.

Menurut pelakon yang mula dikenali menerusi drama Pengantin Popular itu, selagi dia atau pun Adzmin belum bertemu jodoh masing-masing, selagi itulah lakonan hebat mereka itu akan diteruskan.

“Jika salah seorang daripada kami sudah mempunyai calon dan ingin berkahwin, barulah kami bersedia untuk mendedahkan hal yang sebenar kepada anak-anak.

“Kalau tidak, kami akan terus begini seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku antara kami berdua,” ujarnya.

Lantaran itu, timbul persoalan tidakkah Raziq, Luqman atau Mia bertanyakan pasal ayah mereka apabila melihat Kak Engku dan Adzmin tidak lagi tinggal sebumbung?

Kak Engku menjawab, sejak mereka berkahwin pada 2001, bekas suaminya itu yang juga seorang ahli perniagaan jarang berada di rumah kerana selalu bertugas di luar kawasan.

Oleh yang demikian, tambah Kak Engku, ia adalah senario biasa yang dialami anak-anaknya apabila melihat ayah mereka tiada di rumah.

“Jadi, mereka faham kalau Adzmin tiada di rumah, bermaksud ayah mereka pergi bekerja.

“Untuk mengelakkan rasa sangsi anak-anak, Adzmin berjanji akan datang ke rumah setiap minggu dan meluang masa bersama saya serta anak-anak,” jelas Kak Engku yang turut dicalonkan dalam kategori Pengacara Wanita Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular itu.

KAK ENGKU UTAMAKAN ANAK-ANAK, TOLAK LAMARAN

Bergelar ibu tunggal bukanlah sesuatu yang mudah. Hakikat ini harus diterima oleh Raja Azura atau lebih mesra dengan panggilan Kak Engku dalam membesarkan anak-anaknya.

Bukan tiada yang masuk meminang, namun Kak Engku tak mahu tangkap jarang kerana bukan mudah untuk orang di luar sana memahami apa yang diperlukan wanita sepertinya. Katanya, dia tidak hanya boleh hidup dengan cinta tetapi kejayaan anak-anak adalah fokus utama ketika ini.

“Buat masa sekarang, jawapan saya adalah ‘tidak’ kepada mana-mana lamaran. Baik daripada bekas suami atau orang luar, saya tidak terima. Pada masa depan saya tidak tahu, tetapi inilah jawapan saya sekarang.

“Jika ada yang membayangkan wanita semuanya sama, tidak sama sekali pada saya. Saya lebih senang memberi fokus kepada suatu perkara dalam suatu masa. Kini fokus utama saya adalah untuk melihat anak-anak berjaya. Selagi impian itu belum tercapai tidak mampu untuk saya fikir perkara lain,” ujarnya dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu, Kak Engku menasihati mereka yang berhajat meminangnya agar jangan hanya terima yang baik tentang dirinya sahaja, tetapi terima yang buruk dahulu.

“Pinta saya kepada mereka yang cuba mendekati diri ini, kaji buruk. Mereka kena faham, jika saya terlalu baik, maka tidak akan berlaku perceraian antara saya dan bekas suami.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : GengJoyah


Apa Kata Anda?