“Cantiknya Mata Baby, Dah Macam Pakai Contact Lens Pula!”- Anak Kedua Feeya Iskandar Bermata Cantik, Netizen Terkejut Sebab Kagum

Feeya Iskandar di lihat makin berseri-seri dan makin cantik sejak mengenakan hijab secara kekal sehingga ke hari ini. Nampaknya penghijrahan yang di lakukan oleh Feeya Iskandar memberikan impak yang lebih positif kepada dirinya. Hari ini,Feeya Iskandar di kenali secara rasmi sebagai penyampai radio Suria FM.

Baru-baru ini,Feeya Iskandar telah berkongsi berita gembira di mana dia pun sudah selamat melahirkan anak keduanya. Anak kedua Feeya Iskandar di beri nama Nuh Rayyan itu di lihat sebagai seorang anak yang sangat comel dan menarik perhatian ramai. Di akaun Instagram miliknya, Feeya Iskandar di lihat turut memuat naik beberapa kali foto anak pertama dan anak keduanya itu.

Menurut netizen, mereka merasa sangat kagum dan takjub melihat betapa comelnya mata yang di miliki oleh Nuh itu. Kata mereka, bayi comel itu memilik sepasang yang berkilau dan membuatkan ramai orang tidak puas memandangnya. Mata Nuh di lihat seperti ada contact lens.

 

Bila gambar Nuh di zoom dengan lebih dekat, anda dapat lihat anak matanya nampak berbeza. Mungkin ada ramai lagi anak mat salleh yang punya mata seperti ini namun tak ramai baby dekat tempat kita ada mata macam Baby Nuh ni kan? Nuh juga di lihat sebagai seorang bayi yang sangat tenang.Kata salah seorang netizen di ruangan komen,“Aduh… Menggoda betul mata anak teruna ni. Comel sangat-sangat,”

Selain Nuh, abangnya juga di lihat sangat tampan. Alahai, kedua-dua anak lelaki Feeya ini memang comel dan cute betul.

 

 

Sumber : CeritaDunia / Soyalemon


Apa Kata Anda?