Comelnya Tips dari Ibu Ini Supaya Anak Tak Hilang Ketika Shopping

Viral di media sosial baru-baru ini dimana seorang ibu dari Singapura berkongsi di laman Facebooknya dan mencuri perhatian ramai dengan teknik menarik supaya anak tidak hilang di tempat awam. Mereka menggunakan cara comel iaitu meletakkan belon dan diikat di hairband anak tersebut.

Ternyata, tips yang dikongsikan oleh si ibu ini mendapat perhatian dan dipuji ramai kerana sangat kreatif dan berguna!

“Parents Tip 101: When your child is super hyper, one way to prevent them from getting lost in the crowd, Tie a Balloon as their Hairband….easy to spot them and good as a marker in the crowd…Hahahhaha,”

Beliau berkongsi bahawa ini merupakan salah satu trick apabila anak seorang yang hiperaktif dan mengikat belon pada getah rambut mereka adalah solusi yang paling menjadi! Senang nak nampak walaupun berada jauh dari pandangan kita.

Mungkin anda pun boleh cuba selepas ini jika berada di pusat membeli-belah. Walaubagaimanapun, amat penting untuk anda sentiasa alert dengan lokasi anak-anak apabila berada di kawasan orang ramai. Jangan hanya bergantung kepada belon sahaja ya!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : Syaf Ayu,  Nextshark.com via @SirapLimau

Apa Kata Anda?