“Comel Abil Marah Orang Promote Niaga Dekat IG Dia”-Respon Nabila Huda Apabila Peniaga Promote IG Buat Netizen Terhibur

Kalau kita lihat di ruangan komen IG setiap artis ada sahaja peniaga-peniaga online yang promote bisnes mereka. Dengan harapan ada peminat-peminat yang tertarik dengan ayat-ayat mereka.

Tidak dinafikan memang membantu mereka mencari rezeki sedikit sebanyak namun ada yang berpendapat ada cara lain untuk promote bisnes mereka. Bukan dengan cara terjah di ruangan komen artis. Kadang kala artis juga merasa rimas dengan segala komen dari peniaga.

Apa yang menarik, tindakan Nabila Huda menegur peniaga-peniaga ini memang agak kelakar dan comel.

Peniaga promote barang dan bisnes..

Tak nak! Diam!

Habis semua peniaga yang promote bisnes mereka di komen Abil kena sound “diam!”. Hahaha agaknya Abil pun rimas dengan peniaga yang promote barang sampaikan kena cakap “diam!”.

Ini pula respon peniaga-peniga yang ditegur untuk diam itu. Ada yang merasa teruja apabila Abil bagi respon ada juga yang sentap apabila ditegur. Siap boleh gelak-gelak lagi tengok gelagat Abil.

Sorry..

Terima kasih kerana sudah ajar saya untuk promote IG di akaun yang betul. Semoga keluarga awak lebih bertakwa kepada Allah S.W.T.

Namun orang ramai menyokong tindakan Nabila Huda yang menyuruh setiap peniaga diam. Dalam pada masa yang sama cara Abil suruh diam tu nampak comel je kan?

Jangan promote barang, takde kaitan nak promote biz pulak..

Adoi redha je yang kena sound setepek..haha

Sumber: IG Nabila Huda

 

Kredit: Kisah Dunia / ceritadunia


Apa Kata Anda?