Comel Pipi Merah versi zikir, Khai Bahar pilihan Dato’ Seri Siti Nurhaliza

Setelah sekian lama berehat, kini Dato’ Seri Siti Nurhaliza kembali merakamkan single terbaru bersama penyanyi berbakat, Khai Bahar. Namun, ianya bukanlah seperti apa yang ramai bayangkan kerana ini merupakan projek khas bersempena dengan bulan Ramadhan yang bakal tiba nanti.

Lagu Comel Pipi Merah yang dibuat sempena kelahiran puteri sulung Dato’ Seri Siti Nurhaliza telah menjadi siulan ramai kerana melodinya yang sangat catchy serta liriknya yang mudah difahami menjadikan lagu ini trending satu Malaysia.

Di dalam sebuah temubual oleh Harian Metro, Dato’ Siti memberitahu bahawa melodi yang digunakan untuk lagu terbaru beliau ini nanti adalah sama seperti Comel Pipi Merah namun cuma ditukar liriknya kepada zikir dan pihak pengurusannya telah memutuskan untuk berduet lagu ini bersama-sama dengan Khai Bahar.

“Bersempena sambutan Ramadan ini, jadi saya merancang untuk menerbitkan lagu zikir. Lagu ini siap dirakam pada Selalu lalu yang mana proses rakaman lebih kurang sejam seorang.

“Bagi alunan zikir, kami dipantau Bazli Unic. Apa boleh dikatakan, ketika rakaman, Khai mengalunkan zikir dengan baik sekali. Diakui, saya pilih Khai kerana dia memiliki nyanyian yang baik, suara bagus dan faktor populariti,” katanya kepada pihak Harian Metro.

Penyanyi nombor satu negara itu juga turut memberitahu bahawa muzik video untuk lagu barunya itu bakal dilancarkan tidak lama. Tambah beliau lagi, lagu yang berjudul Cinta Syurga ini bakal dilancarkan serentak di semua platform digital dalam jangka masa terdekat.

Nyawa ibu..

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Dalam pada itu, Khai Bahar yang dihubungi pihak Harian Metro melahirkan rasa teruja dan gembira kerana impiannya untuk berduet bersama dengan penyanyi tersohor di Asia Tenggara ini telah tercapai serta menjadi kenyataan. Jelasnya ini adalah antara pencapaian yang terbaik dan tidak akan dilupakannya sama sekali.

Khai juga turut berterima kasih kepada Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan pihak pengurusan beliau kerana memberi peluang untuk dirinya berduet bersama. Walau bagaimanapun, Khai turut menyatakan bahawa dia tidak mendabik dada atas pencapaian terbarunya ini sebaliknya mengambil peluang untuk menuntut ilmu dari penyanyi lagenda itu.

Siapa yang tidak mahu berduet atau bekerjasama dengan pelantun lagu Comel Pipi Merah ini, bukan?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Sumber : Harian Metro

Kredit; Ohmymedia


Apa Kata Anda?