[GAMBAR] “Alahai Comelnya Aminah..” – Fad Bocey Sambut Sambut Ulang Tahun Kelahiran Anak Bertemakan Filem Animasi Moana

Pelawak dan penyampai radio Era, Fad Bocey telah berkongsi beberapa keping gambar sambutan ulang tahun kelahiran anak bongsunya, Nur Aminah Mishall di akaun Instagram (IG) miliknya.

Sambutan ulang tahun tersebut bertemakan filem animasi Moana, di mana kebanyakan tetamu yang hadir turut mengenakan pakaian seperti karakter animasi tersebut.

Majlis tersebut turut di hadiri oleh rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat Fad serta isteri.

Foto Fad sekeluarga meraikan ulang tahun itu mendapat pujian peminat kerana mereka beranggapan bahawa dia merupakan seorang ayah yang baik kerana tetap meluangkan masa bersama keluarga.

Para peminat juga mendoakan agar kebahagian yang dimilik oleh keluarga Fad ini akan terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Mereka juga memuji kecomelan pakaian yang di pakai oleh Aminah sepanjang majlis tersebut berlangsung.

FOTO :

Fad dan isterinya, Nur Syahirah A.Rahman yang merupakan adik kepada pelawak terkenal Jihan Muse, telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015.

Fad atau nama sebenarnya Fadzlie Nizam, 27, dikurniakan cahaya mata kembar lelaki, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan yang kini baru berusia 3 tahun.

Anak bongsu perempuannya itu dilahirkan pada 19 November 2017.

Mengenai perkembangan lain, Fad, kini muncul dalam Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018) bersama kumpulan Bocey yang bersiaran setiap Jumaat pada pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan ‘On demand’.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Gempak


Apa Kata Anda?