“Abah Taknak Duit, Abah Nak Kasih Sayang Je..” – Coretan Dato’ Aliff Syukri Untuk Qayyum Buat Netizen Sebak

Semalam, Dato’ Aliff sendiri telah berkongsi satu video dan juga coretan luahan perasaan kepada anak angkatnya iaitu Qayyum yang telah diserahkan kembali kepada ibu kandungnya.

Dato’ Aliff telah menulis kapsyen yang turut mengundang rasa sedih di hati netizen;

Maafkan abah @babyterlajaklaris walapun yom bukan anak kandung abah.. tapi abah syg yom sama mcm anak abah quyyom aliffsyah nama pilihan sy dan isteri waktu dia dlm perut lagi..maafkan abah suka kiss yom kasar2 ..cakap2 kuat2 abah bergurau jee..

kalau yom dah besar yom jumpa abah balik yaa.. abah tak nak duit abah nak kasih sayang jee.. abah nak tngok depan mata abah yom bila besar.. sbb abah jaga yom waktu dlm perut lagi… maafkan abah yom.. abah dan mama tak sanggup nak tngok dan hantar yom balik dgn ibu kandung yom.. abah wakilkan pegawai abah @liyanaamirah ,pa, bibik .. .

Dato’ Aliff juga turut menghadiahkan lagu brjudul selawat dodoi anakku untuk Qayyum sempena perpisahan mereka. 

Komen netizen;

Ape sayu hati tgk ni…

Ya Allah sebaknya…

Moga bahagia bersama keluarga tercinta…

[VIDEO]”Hari Terakhir, Lepas Ni Tak Ada Lagi” – Datin Shahida Muatnaik Kenangan Bersama Qayyum

Semalam, isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida ada memuat naik sepotong video yang merakamkan aksi anak angkatnya Qayum yang berlatar belakangkan sedutan lagu.

Menerusi ruangan kapsyen, Shahida ada menulis ia latar tersebut merupakan sebuah lagu khas yang didedikasikan buat anak-anaknya. Ia merupakan lagu selawat dan akan dikongsikan di saluran YouTube tidak lama lagi.

“Istimewa utk Qayyum Aliffshah Bin Abd A’liy…..Belum siap lagi….nanti dah siap kita letak kat Youtube …nanti dah besar boleh tengok balik.

“Sebenarnya sebelum kes qayyum ni saya dan @aliffsyukriterlajaklaris mmg ada rekod 1 lagu dgn @hafizhamidun…lagu selawat. Saya just suka2 je utk anak2 saya dgr tapi sekarang saya hadiahkan lagu ni utk Qayyum.

“Semoga nanti dia besar dia tgk lagi lagu ni kat Youtube dan dia tahu saya pernah jaga dia,” tulisnya.

Pada masa sama, Shahida turut meminta maaf buat ibu kandung kanak-kanak berkenaan andai selama ini dia tidak dapat menjaga Qayyum dengan baik.

“Minta maaf juga kat mak qayyum dan semua sebab saya x jaga qayyum dgn baik dan bukan mak yg baik utk dia. Saya yakin dia akan lebih bahgia dgn mak dia nanti,” katanya lagi.

Terbaru, dia sekali lagi memuatnaik video yang menunjukkan dirinya bermanja dengan Qayyum.

VIDEO :

Rata-rata pengikutnya di laman Instagram turut meminta Datin Shahida supaya tabah dengan perkara itu.

2 Anak Angkat Datin Shahida, Ameena & Qayyum

Antara komen netizen

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Instagram @aliffsyukriterlajaklaris via LimauMadu


Apa Kata Anda?