[VIDEO]Giliran Datin Shahida Lancarkan Lagu Bertemakan Nasyid Bersama Datuk Aliff Syukri

Sebelum ini pelbagai kecaman dan kritikan yang diterima oleh Dato’ Aliff Syukri lebih-lebih lagi setelah rakyat Malaysia dikejutkan dengan lagu Bobo Di Mana nyanyiannya bersama Nur Sajat dan Lucinta Luna dari Indonesia.

(Video Penuh Dibawah)

Lagu ini dikutuk netizen yang menyifatkan tarian lagu Bobo Di Mana agak keterlaluan dan tidak senonoh. Dato’ Aliff Syukri tidak pernah lari daripada kontroversi di media sosial.
Kecaman demi kecaman yang diterimanya tidak mematahkan semangatnya untuk mengeluarkan lagu-lagu baru. Apa yang menyedihkan isterinya, Datin Shahida dan ibunya, Bonda Rozita Ibrahim turut sama menerima tempias kecaman netizen.

Yang terbaru, Dato’ Aliff telah menyahut cabaran orang ramai, khususnya daripada netizen yang tidak henti-henti mengecamnya untuk menyanyikan lagu nasyid. Lagu nasyid ini bertajuk Agama Kedamaian (Deen As Salam) yang dinyanyikan bersama isterinya, Datin Shahida yang juga merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, Solehah.

Lagu nasyid ini ditulis dan digubah oleh penyanyi nasyid terkenal iaitu Hafiz Hamidun. Menurut Dato’ Aliff, isterinya memang gemar mengaji dan menyukai lagu-lagu yang bercorak keagamaan.

Beberapa hari yang lalu, Dato’ Aliff dan Datin Shahida ada berkongsi beberapa sudutan pembikinan video muzik lagu nasyid ini di akaun instagram mereka sebagai ‘teaser’. Video ini mendapat perhatian ramai dan menjadi viral di media sosial.

Video ini turut mendapat respon positif daripada Pencetus Ummah Amin di akaun instagramnya. PU Amin memuji sikap Dato’ Aliff yang sudi menerima teguran dan terus mahu menyebarkan kebaikan dan kebahagiaan.

Hari ini, 26 September 2018 (Rabu), video muzik lagu nasyid ini telah dilancarkan di Youtube TV Terlajak Laris. Video penuh ini memang dinanti-nantikan oleh orang ramai.

VIDEO : 

 

Tenang je dgr lagu ni..

Indahnya melodinya…

I really love this datin…

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : Instagram Datin Shahida via kucinghitamm


Apa Kata Anda?