“Datin So Kiut Dgn Perut Nye” – Datin Shahida Comel Menari Lavida Raya Dengan DSV

Sejak pelancaran lagu Lavida Raya oleh Datuk Seri Vida, rata-rata artis mula bersama-sama berjoget dengan lagu catchy ciptaan DSV ini. Termasuklah Sajat, Dato’ Aliff Syukri dan juga isterinya Datin Shahida.

Baru sahaja tadi Dato’ Aliff Syukri memuat naik satu video di Instagram yang memaparkan dirinya bersama-sama dengan isterinya, Datin Shahida, DSV, Rossa, CEO Mood Republik, Kimi Iskandar, dan juga Nur Sajat berjoget lagu Lavida Raya!

Lagu Lavida Raya ini sememangnya semakin mendapat tempat dalam hati netizen kerana rentak yang sangat catchy dan kena dengan tema perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.

Dato’ Aliff Syukri mengambil kesempatan ini dengan membuat undian antara mereka siapa yang paling comel.

Kebanyakan orang mengatakan isterinya, Datin Shahida yang paling comel dalam video tarian tersebut.

Tapi memang tidak disangkalkan, dengan perut buntingnya, pergerakan lembut dan senyuman manis Datin, memang sangat comel!

Sumber: Instagram Aliff Syukri

KisahDunia.COM


Apa Kata Anda?

1 Trackback / Pingback

  1. “Datin So Kiut Dgn Perut Nye” – Datin Shahida Comel Menari Lavida Raya Dengan DSV – Berita Vral – Citer Viral dan Unik

Comments are closed.