[VIDEO] Memang Hebat! Dato’ Siti Boleh Tahan Gelak Dengan Tarian Jihan & Nabil

Semalam Meletop menampilkan Dato Siti sebagai salah seorang artis jemputan. Manakala Jihan pengacara jemputan yang menggantikan Neelofa yang masih berada di luar negara.

Di dalam sessi temubual mengenai single terbaru Anta Permana, Dato Siti menceritakan serba sedikit bagaimana usahasama bersama Hael untuk lagu ini dan ia merupakan kerjasama yang pertama antara Siti Nurhaliza bersama Hael Husaini dan Ezra Kong. Pada awalnya lagu ini boleh dilanggani di Apple Music (itunes), Spotify, Joox dan KKBox sahaja namun kita telah boleh didengari di Radio dan music video lagi ini telah pun berada di Youtube.

Jika di tanya permulaan lagu ini di cipta, adalah apabila Hael menyatakan hasrat untuk memberikan lagu ciptaannya kepada Siti Nurhaliza sejak Februari 2018 dan berjaya merealisasikannya apabila Siti tertarik dengan demo yang beliau hantar pada bulan Mei.

Dato Siti menyatakan beliau menaruh harapan yang tinggi dengan kemunculan single terbaharu ini dan berharap agar para peminat muzik tempatan akan menyukainya.

Lagu ini juga telah pertama kali dinyanyikan di Pentas Anugerah Planet Music di Singapore pada minggu lalu.

Anta Permana diambil daripada perkataan Melayu Klasik yang membawa maksud tidak terkira atau infiniti. Pemilihan judul lagu ini selain maknanya bertepatan lirik, beliau ingin memperkenalkan kembali perkataan Melayu Klasik yang jarang digunakan dalam kalangan generasi muda.

“Ia mengisahkah cinta sejati yang tiada bandingannya dan pemilihan judul lagu ini selain maknanya bertepatan lirik, saya ingin memperkenalkan kembali perkataan Melayu Klasik yang jarang digunakan.

Dato Siti menyifatkan Anta Permana adalah sebuah lagu yang segar, mesra telinga (catchy) serta ada keunikan dengan gabungan muzik moden dan klasik.

Jom dengarkan apa yang dibualkan oleh Dato Siti dalam Meletop sampai nabil pengsan-pengsan tu..

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : JomBaca via SoyaLemon

Apa Kata Anda?