Dato Siti Menyanyi Sambil Meniarap Bila Dicabar Fara Fauzana, Tapi Suara Tetap Power Sampai Meremang Peminat Dengar

Kemerduan dan kelunakan suara yang dimiliki oleh penyanyi nombor 1 Malaysia, Siti Nurhaliza Tarudin atau lebih mesra digelat Tokti sememangnya tidak dapat dipertikaikan lagi.

Beberapa minggu lalu, Tokti menjadi perhatian ramai setelah dilihat begitu santai dan bersahaja menyanyi di atas pentas sambil mendukung cucunya, Arif Jiwa Asyraf.

Semalam, Tokti sekali lagi berjaya membuat peminatnya meremang setelah menyanyi sambil meniarap di salah sebuah gim sewaktu selepas selesai bersenam bersama Fara Fauzana.

Video yang dimuat naik oleh Fara di laman Instagramnya itu menunjukkan bahawa dia telah mencabar ibu kepada Siti Aafiyah itu untuk menyanyi sambil meniarap.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

M E N Y A R A P . Menyanyi + Meniarap . P A R T 2 . Nota : yg tlg bantu lirik tu boleh jgn nyanyi skali tak? Potong betul! Hahhaah sblm korang komen biar i komen dulu 🤣🤣

A post shared by FARA FAUZANA (@therealfafau) on

Antara lagu yang dinyanyikan oleh Tokti adalah lagu-lagu saat kegemilangannya seperti Purnama Merindu dan Kesilapanku Keegoanmu serta beberapa lagu baru seperti Ragaman, Sampai bila dan banyak lagi.

Rata-rata, ramai yang kagum terhadap kelunakan pelantun lagu Anta Permana itu dan meninggalkan komen pada laman Instagram Fara Fauzana.

Sumpah meremang weyh dengar!

Subhanallah makan apa ni sedap betul…

In love sangat dengar suara dia!

Lagu nostalgia weyh, terus ingat zaman sekolah haha…

Untung Fafau dapat dengar Tokti nyanyi tepi telinga!

Allahu, tutup kepala dengan tuala pun kenapa cantik Tokti oii…

Bila tak mekap, Tokti nampak makin muda

Humble gila Tokti ni…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : IG Fara Fauzana via MediaOhsem


Apa Kata Anda?