Datuk Aaron Aziz Kongsi Pengalaman ‘First Time’ Naik LRT Bersama Dahlia

Kalau dilihat kini, pengangkutan awam di negara kita sudah semakin maju.

Kalau dahulu hanya terhad kepada kereta api dan bas sahaja, kini kita boleh berbangga dengan LRT, MRT, Monorel dan lain-lain.

MH sendiri seronok menggunakan pengangkutan awam jika ke mana-mana, bukan sahaja menjimatkan malah tak perlu fikir nak cari ‘parking’.

Semalam, MH berkesempatan bertemu dengan Datuk Aaron Aziz semasa sidang media Oh! My Family di The Forum,The Signature Hotel & Serviced Suites.

Apa yang menarik perhatian  MH apabila Aaron berkongsi pengalamannya kali pertama naik LRT.

“Dalam program ini, Dahlia Arissa kena buat berbagai ‘challenge’ dan salah satunya adalah naik LRT.

“Masa itu dia naik seorang diri dan saya hanya pantau dari jauh sahaja.

“Inilah kali pertama saya naik LRT, ‘comfortable’ juga ya,” katanya.

Aaron dan Dahlia merupakan salah satu famili yang terlibat dalam program Oh! My Family yang melihatkan anak-anak selebriti menyelesaikan sesuatu cabaran yang diberi.

 

Sementara itu, Aaron berkongsi perasaan seronok melihat anak bongsunya berjaya menyelesaikan sesuatu cabaran.

“Bangga bila tengok Dahlia boleh buat sebab jadi anak bongsu ni, kakak dengan abang selalu cakap dia senang ‘terlepas’.

“Tapi bila dia berjaya selesaikan cabarannya, dia buktikan yang dia bukanlah ‘princess’ seperti yang orang cakap,” katanya lagi.

 

 

Sumber: MH


Apa Kata Anda?