[VIDEO]”Dayyan Dah Dapat Adik” – Timang Baby Girl, Black Hanifah Terima Kehadiran Anak Kedua

Penyanyi Black Hanifah selamat menimang cahaya mata kedua awal pagi tadi.

Isteri Black, Naquia Yasirah Mohd Khairy atau Cira selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada jam 1.56 pagi.

Berita gembira ini disampaikan Black menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.

“Dayyan dah dapat adik! Alhamdulillah… Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kami dan kesejahteraan kami sekeluarga serta keselamatan anak kami yang baru lahir ini…

“Bayi dan mommy sihat walafiat… Aamiin.. 25/10/2018 1:56 AM,” tulis Black.

 

VIDEO :

Rata-rata netizen mengucapkan ucapan tahniah buat Black dengan kehadiran ahli baru dalam keluarganya.

Tahniah Black, Dayyan n wife…

Dayyan jangan potpetpotpet kat adik tau…

Tahniah Dayyan. kali ni memang vilel…

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : Instagram dan Youtube Black Hanifah


Apa Kata Anda?