
(Sila skrol ke bawah untuk menonton video)
Meskipun nama beliau tidak terkenal seperti pelakon muda yang lain, namun impak lakonan aktor Azhan Rani mempunyai kelasnya yang tersendiri. Walaupun sering diberikan watak yang berbeza karakter, Azhan berjaya menghidupkan watak tersebut sehingga membuatkan penonton terkesan dengan setiap perwatakan yang dipegangnya.
Antara perkembangan terbaru bekas pelakon drama bersiri Nur ini adalah beliau dilihat bersama rakan-rakan artis lain termasuk pengacara terkenal, Raja Azura ketika berada dalam sebuah kereta. Menerusi video di laman Instagram Raja Azura, dia sengaja menyakat Azhan sambil membahasakan aktor tersebut sebagai ‘adiknya’.
Melatah adik akak niii ohhh
Selain Raja Azura, rupa-rupanya tidak ramai peminat Azhan Rani tahu yang beliau merupakan seorang lelaki yang agak kuat melatah. Rata-rata mereka sangat terhibur kerana dapat melihat sisi lain pelakon yang selalu membawa watak ‘macho’ itu.
Berulang kali tengok…gelak je
Lawak lah jarang tengok orang lelaki melatah
Masa lakonan serius betul
Dalam TV bukan main…latah rupanya abang macho ni
Melatah ropenye
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady
Sumber: IG raja_azura