Demi Keluarga Raf Yaakob Mahu Jual Kereta BMW i8 Kesayangannya

PELAKON, Raf Yaakob berkata dia mahu membeli sebuah kereta baharu kerana bakal mempunyai sebuah keluarga yang besar.

Menurut suami kepada pelakon terkenal Mawar Rashid ini, Raf akan menjual kereta mewah jenis BMW i8 miliknya.

“Kemungkinan ini adalah gambar kenangan terakhir #MawaRadens bersama #BeMYi8.

“Keluarga saya sedang berkembang dan saya perlukan kereta yang besar. Jadi inilah masanya untuk menjual kereta ini.

“Walaupun sedih tetapi keluarga perlu diutamakan terlebih dahulu,” katanya di Instagram.

Sungguhpun begitu, Raf terlebih dahulu akan menyelesaikan urusan lain sebelum membeli kereta baharu.

“Buat masa sekarang nak fokus siapkan rumah dahulu. Lepas settle down, I’ll buy a new car again.

“Mengenali diri saya, saya akan selalu bekerja keras untuk menggapai impian saya. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan,” tulisnya lagi.

Sementara itu di ruang komen Raf, Mawar tampil menjawab:

“Terima kasih kerana selalu mengutamakan keluarga. Semoga  ALLAH murahkan rezeki kita sekeluarga ya Raden,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon dan pengacara Janna Nick muncul memberikan komen “Its ok! Nanti rumah siap beli kete sport lain!” komen Janna.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber: IG Raf Yaacob, SH Via panjikhaliefah


Apa Kata Anda?