“Dia bapa saya, kami hanya bergurau!” – Siti Sarah kesal dituduh biadap

Siti Sarah menjelaskan lelaki dalam video yang dimuat naik adalah bapanya sendiri, Raissuddin Hamzah.

GARA-GARA tidak membeli barang yang dijual seorang lelaki dalam sebuah video yang dimuat naik pada Rabu, penyanyi Siti Sarah menerima kecaman netizen.

Bagaimanapun, Sarah menjelaskan video berkenaan hanyalah sekadar gurauan, manakala lelaki tua itu ialah bapa kandungnya iaitu Raissuddin Hamzah.

“Lelaki ini Raissuddin Hamzah. Dia bapa kandung saya, kami hanya bergurau. Dari video ini sebenarnya apa yang kita lihat dia sangat sporting melayan karenah anak-anak yang suka bergurau.

“Nak dijadikan cerita ada pihak yang kata saya biadap sebab tak beli barang pakcik ini,” ujarnya di Instagram.

Lelaki ini @raissuddin_hamzah ! Die adalah bapak kandung saya! Kami hanya bergurau .. dari video ni sebenarnya apa yg kita boleh tengok die sangat sporting.. melayan kerenah anak2 yg suke nak begurau… nak dijadikan cerita ..ada pihak yg kurang bijak megatakan saya biadap! sebab tak beli barang pakcik ni! Nak beli apanya die beli untuk diri die sendiri kami cuma bergurau.. kenapa la suke sangat nak keji caci org tampa usul periksa! ! Moga Allah permudahkan hidup kalian amin..

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on

Sarah mengulas berkenaan video yang dimuat naik di Instagram pada Rabu telah disalah anggap oleh netizen.

Penyanyi lagu Kesetiaan ini dikatakan bersikap biadap kerana tidak membeli barang-barang yang dijual oleh lelaki berkenaan.

Dalam pada itu, Sarah menasihatkan agar netizen mengkaji terlebih dahulu sesuatu perkara sebelum bertindak meninggalkan komen negatif.

“Kenapa la suka sangat nak keji caci orang tanpa usul periksa. Semoga Allah permudahkan hidup kalian amin,” ujarnya.

Sementara itu, menjawab komen salah seorang pengikutnya, Sarah berkata, dia berasa sedih dengan komen negatif netizen sehingga terfikir untuk menutup akaun tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Sumber: Mstar


Apa Kata Anda?