“Dia Sakit Buah Pinggang, Bukan Alami Sakit Misteri…” – Kawan Rapat Dedah Penyakit Sebenar Fendy Bakry

Sebelum ini, pelakon utama drama Mr Grey iaitu Fendy Bakry yang mengalami penyakit misteri dikatakan sudah mula menunjukkan tanda pulih, namun rupa-rupanya sakit itu bukanlah disebabkan terkena ‘buatan orang’.

Terbaru, menurut laporan Sinar Harian, kawan rapatnya yang ditemui di Pesta Buku Karangkraf di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur telah mendedahkan punca sebenar kesakitan yang dialami sejak pertengahan Mac lalu.

Menurut kawan yang tidak diketahui namanya itu, bekas peserta Hero Remaja tahun 2011/2012 berkenaan mengalami sakit buah pinggang dan bukan penyakit misteri seperti yang dibual bicarakan oleh netizen melalui laman media sosial.

Walaupun kawannya tidak berkesempatan untuk melawat dan hanya menghubungi menerusi ‘direct message’ di Instagram, namun Fendy berharap doa yang terbaik buatnya agar kembali pulih seperti sedia kala.

Tambahnya, walau bagaimanapun keadaan kesihatan pelakon berusia 30 tahun itu dilaporkan semakin sihat dan akan menjalani penggambaraan seperti biasa.

VIDEO :

 

Sumber : OhMyMedia / @SoyaLemon


Apa Kata Anda?