“Lahir Awal Dari Jangkaan” – Diana Amir Timang Anak Ketiga

PELAKON Diana Amir selamat melahirkan bayi lelaki pukul 2.16 pagi di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor pada Sabtu.

Diana atau Nurdiyana Amir Hisham, 32, memaklumkan anak ketiganya dilahirkan lebih awal daripada jangkaan doktor.

“SubhanAllah alhamdulillah , diana terharu dengan doa2 drp semua, drp awal pregnancy sampailah selamat melahirkan pg td.

“Terima kasih banyak2, semoga Allah pulangkan kebaikan kpd awak2 semua.

“Ikutkan due date ari isnin tapi Allah nak bg anugerah awal and actually, mmg diana doa utk sakit contraction yg amat sgt, then akan cepat je dpt lahirkan baby..

“After 5 mins masuk labour room baby dah keluar,thanks syg bekerjasama dgn mummy td.

“Thanks juga kat doktor2 and nurses yg comel2 and baik2 kat @hospitalumra . my 3rd baby kat hosp umra dan sentiasa boleh bergantung pd professionalism and friendliness mereka.

“Diana doakan yg belum dikurnia zuriat , akan memperoleh rezeki yang terbaik dariNya, pengikat kasih sayang suami isteri dan mampu menjadi saham di akhirat kelak, Amin!

“Kpd yg bakal melahirkan, u can do it!!!!! Pasti Allah tidak sia2kan kesabaran menanggung kesakitan.

“Syukur diberi peluang untuk menghapus dosa2 dgn cara yg indah.

“Doakan baby boy Diana sihat, soleh, handsome, disayangi @khawlah_khadija diorg belum jumpa lagi adik diorg ni hahahaaa! #mummynervous .

“Yayy!! Alhamdulillah part paling scary (bersalin) dah settle, now panda eye and pantang mode on!,” tulisnya.

Ramai yang ucapkan tahniah.

“Ikutkan due date hari Isnin tapi Allah nak bagi anugerah awal dan sebenarnya memang Diana doa untuk sakit contraction yang amat sangat, then akan cepat je dapat lahirkan baby. Selepas lima minit masuk labour room baby dah keluar.

“Diana terharu dengan doa-doa daripada semua, dari awal kandungan sampailah selamat melahirkan pagi tadi.

“Terima kasih banyak-banyak, semoga Allah pulangkan kebaikan kepada awak semua. Alhamdulillah, part paling scary (bersalin) dah settle, sekarang panda eye and pantang mode on!,” tulisnya di Instagram.

Diana berkongsi berita gembira di Instagram.

Sementara itu, pelakon drama Adam Maya ini turut mendoakan agar ibu-ibu yang sedang hamil dipermudahkan urusan kelahiran kelak.

“Kepada yang bakal melahirkan, u can do it! Pasti Allah tidak sia-siakan kesabaran menanggung kesakitan. Syukur diberi peluang untuk menghapus dosa-dosa dengan cara yang indah.

“Diana doakan yang belum dikurniakan zuriat akan memperoleh rezeki yang terbaik dari-Nya, pengikat kasih sayang suami isteri dan mampu menjadi saham di akhirat kelak, Amin!,” katanya.

Diana mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Habibullah A. Rahman pada 25 Oktober 2013 dan dikurniakan cahaya mata pertama, Khaulah Al Azwar pada 8 Mac 2015 dan cahaya mata kedua, Khadija Azzehra pada 4 Januari 2017.

KOMEN NETIZEN :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Mstar


Apa Kata Anda?