[FOTO] “Ingat Artis Hollywood Tadi..”-Dipuji Sangat Cantik, Elisya Sandha Jadi Perhatian

Pelakon terkenal Fasha Sandha sering dipuji cantik, namun tidak disangkakan juga selebriti bergelar ibu tunggal dua anak ini memiliki seorang adik iaitu Elisya Sandha. Turut ceburi industri seni, Elisya Sandha juga dikenali sebagai seorang pelakon cantik sehingga mendapat perhatian di laman sosial.

Adik beradik punya rupa cantik. .

Sudah menempa nama sebagai pelakon, Elisya juga tidak dapat lari daripada jadi tumpuan dan dia pernah terpalit kontroversi cinta dengan anak lelaki kepada pengarah terkenal Shiela Rusly iaitu Uzair Haqimy namun dijelaskan hanya sekadar kawan baik.

Difahamkan juga, adik kepada Fasha ini juga aktif berlakon sejak usianya 15 tahun dan kini namanya sudah dikenali dengan bakat sendiri dalam bidang lakonan.

Sudah dikenali dengan bakat sendiri

Mempunyai wajah cantik, menerusi postingnya di Instagram ada pula peminat Elisya memuji wajahnya kelihatan seperti artis Hollywood sehingga disalah sangka. Malah ada juga melihat dirinya, seperti adik kepada Neelofa iaitu Ameera Khan atau lebih mesra dikenali sebagai Little Miss Khan.

Macam artis Hollywood

Rata-rata peminat memuji wajah pelakon Elisya yang kelihatan sangat cantik sehingga disangka artis Hollywood oleh peminat pada mulanya kerana foto tersebut.

Ingat artis Hollywood tadi!!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: Elisya Sandha via HCL


Apa Kata Anda?