“Diuji Dengan Keruntuhan Rumah Tangga & Ditinggal Sendirian..”Iwan Kongsi Kisah Bergelar Raja Dangdut Dulu

(Skroll ke bawah untuk tonton video)

Hidayah itu milik Allah, bila-bila masa sahaja Dia akan beri tak kira kepada sesiapa sekali pun. Lihat sahaja kisah penghijrahan selebriti wanita yang mengambil keputusan berhijab dan sebagainya lagi.

Tak kurang juga artis yang terkenal yang kemudiannya mengambil keputusan untuk berubah dan terus menyepikan diri. Antaranya termasuklah selebriti bernama Iwan atau nama sebenarnya, Wan Syahman bin Wan Yunus.

Sebut sahaja nama Iwan pasti kita akan terkenang era kegemilangan irama dangdut kontemporari yang pernah mencetuskan satu fenomena dalam industri hiburan tanah air sekitar tahun 1990-an. Bermula dari situ nama Iwan terus meniti di bibir peminat sehingga dia digelar raja dangdut. Namun kini dia selesa dengan kehidupan berdakwah ke jalan Allah.

Dalam satu perkongsian di laman instagramnya, PU Amin yang berpeluang bertemu dengan Raja Dangdut ini nyata nampak dia sudah berubah sama sekali. Penampilannya cukup ringkas, dengan berserban dan juga jubah sahaja.

PU Amin dalam kapsyennya mengimbas zaman kegemilangan Iwan suatu ketika dahulu.

“Dulu pernah mengadakan 20 konsert dalam satu bulan. Satu malam konsert 2 jam 3 jam dia punya jualan tiket 1 juta lebih . Dia kata tidur atas duit , makan sebelah duit , dalam jamban ada duit..

Tapi masih tak cukup . Duit berjuta juta , tapi tak tenang , tak puas , dah kaya nak nama pulak , dah ada semua , tetap tak tenang tenang , bahagia tak jumpa..

Kata dia rupanya Allah jauh dengan dia . Dia sujud . Baru rasa tenang . Dia jauhkan diri dari harap puji pujian manusia . Dia uzlah . Dia ziarah . Dia sedekah . Duit dia infaq pada yang memerlukan . Harta dia untuk jalan Allah . Hidup atas jalan dakwah . Dua Rakaat Semua Masalah Selesai . Dia istiqamah.

Demikian diungkapkan oleh PU Amin pada penampilan dan kehidupan raja dangdut ini. Selain itu, dalam satu temu bual, turut bercerita mengenai bagaimana dia terdetik untuk berubah dan berhijrah ke jalan yang benar.

“Dahulu saya di panggil raja dangdut Malaysia. Nikmat yang paling tinggi, tapi apalah ertinya gelaran kalau seandainya ketika itu saya leka dengan keduniaan yang ada tapi Allah dan Rasul tinggal di belakang.

“Ketika umur 49 tahun saya di uji. Ujiannya dengan Keruntuhan rumah tangga, anak-anak terbiar menyebabkan saya berubah.

“Satu hari bila fikir, saya ditinggalkan keseorangan tanpa keluarga baru terfikir untuk apa saya dilahirkan di dunia ini. Adakah saya seperti ini. Cari ketenangan tapi tak ada lagi ketenangan, cari keberkatan tapi tak berkat walaupun banyak dapat sebelum ini.

“Akhirnya saya berfikir, bahawa saya akan mati dan bila takut mati baru terfikri untuk berbuat ibadah kepada Allah SWT,”ujarnya.

Bercerita detik awal penghijrahannya, akui Iwan segalanya bermula selepas dia mengambil keputusan merantau ke Singapura.

“Kemudian ke German dan Saya pernah mengembara ke Malaysia dan akhirnya menjadi penyanyi. Kemudian saya mendapat hidayah di Singapura. Saya bertemu dengan seorang ustaz, seorang Jemaah dari Sulawesi. Kami bertemu di sebuah masjid di Singapura.

“Ketika itu, dia nasihatkan saya, kalau kamu nak berjaya kena ikut yang sudah berjaya iaitu Sahabat-Sahabat Baginda Rasullah SAW. Mereka telah berjaya dan Allah sudah Reda pada mereka. Dari situ saya nampak di dunia ini kena ikut orang yang berjaya dan sebagai manusia kita datang ke dunia ini semata-mata untuk mencari keredhaan Allah.

“Baru saya faham dan ustaz sarankan saya islahkan diri iaitu usaha atas nama. Maknanya 3 perkara saya perlu lakukan iaitu usahakan iman saya, usahakan untuk buang syirik yang selama ini tak faham, tak sedar banyak berlaku syirik dan terakhir usaha buang batil-batil yang ada,” jelas Iwan lagi.

Tambahnya lagi, sebelum ini dia pernah ingin berubah dan pernah cuba berubah namun tidak berjaya.

“Dulu saya sudah satu tahun beribadat, tetapi tiada sebarang perubahan lagi. Memang buat ibadat tapi ketiga-tiga perkara ini saya belum dapatkan. Sehinggalah jumpa ustaz ini alhamdulillah dia takzirah saya.

 

Iwan Syahman dedah cerita insaf

RASA keinsafan itu terdetik sejak tiga tahun lalu, sewaktu dia bersendirian memikirkan kehidupan lampau. Kegagalan perkahwinan kedua bersama bekas isteri, Wan Rafidah Abu Bakar menyebabkan sepi semakin mencengkam diri.

Ia sekaligus membuatkan kehidupan harian menjadi kucar-kacir dan seakan-akan tiada makna. Lelaki ini kemudiannya nekad untuk mencari ‘sesuatu’ yang mampu mengisi kekosongan rohaninya.

Di kala saya sedang leka memikirkan makna kehidupan sebenar, tanpa disedari minda saya menerawang entah ke mana.

Semuanya ibarat air yang dituang ke dalam gelas. Bila penuh, ia tertumpah di atas lantai seolah-olah tiada erti. Saya anggap kehidupan saya seperti pembaziran,” dedah awal lelaki ini pada pertemuan di pejabat Utusan Malaysia, pagi Isnin lalu.

Penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu dangdut kontemporari sekitar tahun 1990-an ini mengakui bahawa ‘kehanyutan’ lampau berpunca dari kelalaian dari perintah Maha Pencipta. Apabila terlalu leka dengan keseronokan sementara dunia.

Namun begitu, Iwan bersyukur kerana diberi hidayah bagi memulakan episod hidup baru.

Saya akui punya sedikit pengetahuan asas agama. Saya perlu banyak mengimbas dan mengulangkaji ibadah yang saya tinggalkan sebelum ini.

Banyak ilmu keagamaan diketahui selepas menyertai kumpulan tabligh. Ternyata kumpulan itu amat sesuai buat diri saya yang jahil agama,” katanya jujur.

Katanya, perubahan yang dilakukan itu berniat tulus murni. Tidak pernah ada tujuan menunjuk-nunjuk.

Saya pernah mengalami zaman jahiliah seperti mana umat terdahulu. Macam-macam jenis maksiat pernah dilakukan. Tapi biarlah urusan yang lepas itu lepas,” jelasnya lembut.

Hidayah & dangdut

Wan Syahman Wan Yunus, 50, atau lebih dikenali dengan panggilan Iwan Dangdut ini adalah antara artis yang menerima hidayah mengejut seperti komposer Sham Kamikaze dan pelakon drama Mek Salmah Dari Scotland, Catriona Ross.

Justeru itu, penghijrahan ke arah kebaikan tersebut tidak pernah menghalang dirinya untuk terus aktif dalam industri seni tanah air.

Tambahan pula Iwan adalah antara peneraju irama dangdut yang kerap kali dikaitkan dengan Ratu Dangdut, Amelina.

Dalam soal ini, saya pernah berserah kepada-Nya dan dia beri saya petunjuk. Tapi bukan dengan memilih lagu bergenre dangdut. Kalau saya teruskan juga, macam mana dengan wang penghasilannya?

Saya perlu lebih menitik beratkan tentang sumber kewangan kerana mahu mencari keredaan Tuhan. Tidak mahu terlibat sama sekali dengan masa silam saya. Justeru, cara terbaik adalah membuat lagu-lagu berunsur dakwah. Mengajak orang membuat kebaikan dan mengingatkan mereka,” katanya berterus-terang.

Merujuk tentang persoalan mengguna pakai nama pentas Iwan Syahman menggantikan Iwan Dangdut, lelaki ini punya alasan sendiri.

Saya berharap agar penghijrahan ini bersifat menyeluruh. Bukan setakat dalaman malahan keseluruhan diri saya. Nama itu terpaksa ditukar sebab saya lebih selesa dengan jati diri sendiri.

Biarpun saya tahu risiko yang terpaksa diterima selepas perubahan itu. Memang ada yang tak perasan apabila saya perkenalkan diri dengan nama Iwan Syahman berbanding Iwan Dangduti,” jelasnya.

Pemilik E-Wan Entertainment ini juga berharap agar album dakwah berjudul Segalanya Allah yang mengandungi sepuluh buah lagu itu mampu mengubati kerinduan di kalangan peminatnya.

Antara lagu berunsur nasihat yang terkandung dalam album itu adalah Segalanya Allah, Shalat Dulu, Fadhilat Shalawat, Semua Allah Punya, Kalimah Toyyibah, Seksa Neraka, Pengasih dan Ke Taman Syurga.

Mengulas tentang keluarga barunya, Iwan memberitahu bahawa dia cukup bahagia dengan perkahwinan ketiganya bersama Evie Surriyanti, 25, yang dinikahi 20 Februari 2009.

Wanita yang berasal dari Permatang Siantar, Medan, Indonesia itu telah banyak menyokong perubahan niat barunya itu. Rumah tangga mereka diserikan dengan kehadiran permata hati, Wan Nur Sumayyah yang kini berusia setahun enam bulan.

Segala aktiviti harian Iwan dikongsi dalam laman sosial www.facebook.com/ Iwan Syahman atau boleh dihubungi menerusi e-mel eone@hotmail.com.

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Mycomel.com


Apa Kata Anda?