Drama Pujaan Hati Kanda Bikin Kecoh Lagi, Kali Ini Karpet Pula Jadi Tumpuan Netizen

Drama Pujaan Hati Kanda yang sedang ditayangkan di TV3 jam 7 ini memang bikin kecoh di laman sosial sejak akhir-akhir ini. Kalau sebelum ini viral dengan kisah lori ‘terbang’ dan lelaki salah naik eskalator, tapi kali ini lain pula ceritanya.

Menerusi sedutan episod 23, satu babak di rumah Datin Nenek yang mana nenek kepada Danny memaksanya untuk menikahi Fatimah. Nampak macam tiada apa yang pelik, tapi yang menjadi perhatian adalah karpet di ruang tamu rumah itu.

 

Sekali imbas korang tengok macam apa? Rata-rata netizen ada yang kata seakan roti canai.

Tapi ada juga yang berpendapat ia nampak seperti pizza. Sehinggakan Domino’s mengambil kesempatan untuk membuat marketing jenama mereka melalui viral kali ini.

Netizen turut terhibur dengan troll ini.

Beberapa minggu kecoh di laman Twitter dengan salah satu scene tidak logik dari drama Pujaan Hati Kanda yang kini masih ditayangkan di TV3.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter, video tersebut memaparkan Sarah Hildebrand yang memegang watak sebagai Nadine sedang berbual menggunakan telefon bimbitnya.

Namun apa yang menarik perhatian netizen apabila ada seorang lelaki yang mahu turun menggunakan eskalator dibelakang Nadine tapi tersalah menaiki eskalator naik.

Sudahnya jadi bahan la dalam Twitter. Adoi, banyak betul scene ‘kantoi’ dalam drama ini. Korang ni tengok cerita ke cari kesalahan ya?

VIDEO :

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: Twitter Via HCL


Apa Kata Anda?