“Dulu puasa fikir juadah untuk suami, kini tiada lagi…” – Intan Liana kongsi luahan hati

Pada mulanya dia hanyalah insan biasa, jauh sekali ingin bergelar sebagai seorang selebriti. Namun selepas peristiwa hitam apabila diceraikan oleh bekas suaminya Ude Wahid, kini nama Intan Liana Saleh hampir dikenali oleh orang ramai.

Setelah rezeki melimpah ruah dengan menjadi model muslimah, ibu tunggal kepada Arish Muqri dan Ariq Muqri itu tidak lupa untuk berkongsi sedikit kisah mengenai ketibaan bulan Ramadan yang mulia ini.

Menerusi temu bual oleh Hijabista, wanita berusia 33 tahun itu berkata Ramadan pada tahun ini sama seperti tahun sebelumnya kecuali tiada kelibat suami di sisi.

Sekiranya dahulu dia perlu menyediakan juadah berbuka puasa untuk suami, namun kini dia menyambut dengan keluarga tersayang dan hanya ingin memikirkan tentang diri sendiri serta dua anak lelakinya.

Menurut Intan, walaupun sukar menerima kejadian tersebut namun ahli keluarganya merupakan sumber kekuatan dengan memberi sokongan padu baginya untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

Tambah Intan lagi, kadang kala anak-anaknya akan dijaga oleh ayahnya kerana dia tidak berhasrat untuk menjauhkan hubungan anak beranak tersebut.

Sumber : Hijabista / Ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?