Ekspresi Mark Ruffalo terpesona melihat bintang Hollywood lain, tidak sedar dirinya juga bintang terkenal. Sungguh melucukan!

Semua orang mengenali aktor Mark Ruffalo sebagai bintang Hollywood terkenal yang melakonkan watak superhero ‘Hulk’ dalam filem dari komik Marvel, The Avengers, Thor : Ragnarok, dan Iron Man 3, selain puluhan filem Hollywood lain sejak tahun 1990-an. Walaupun lebih berpengalaman daripada kebanyakan pelakon masa kini dan menjadi idola, dalam kehidupan biasa, Mark Ruffalo sentiasa tidak lupa untuk menjadi peminat kecil yang menyanjungi serta mengagumi bintang Hollywood lain.

 

Kredit : BBC America

Baru-baru ini, beberapa orang netizen menyedari beberapa rakaman berita hiburan dan foto menunjukkan reaksi Mark Ruffalo yang menjadi kagum dan terpesona apabila terserempak dengan bintang Hollywood lain, dan reaksinya sungguh melucukan.

Seorang netizen berkongsi beberapa foto di halaman Twitter menunjukkan reaksi Mark Ruffalo yang menyanjungi bintang Hollywood lain sambil menulis, “Seseorang perlu memberitahu Mark Ruffalo yang dia juga seorang bintang terkenal!”

 

Kredit : boMb01

Apabila Mark Ruffalo terserempak dengan bintang utama filem ‘Ant-Man’, Paul Rudd, dia melihat dengan wajah teruja bagai seorang peminat yang pertama kali bertemu dengan bintang kesayangan.

 

Kredit : boMb01

Semasa sidang media filem Thor : Ragnarok, Mark Ruffalo tidak melepaskan peluang merakam foto Tom Hiddleston. Peminat kecil yang sangat bertuah kerana dapat bertemu ‘Loki’ pada jarak yang terlalu dekat.

Kredit : boMb01

Dapat bergambar dengan Iron Man, Robert Downey Jr.

 

Kredit : boMb01

Peminat setia Leonardo DiCaprio dapat menatap wajah kacak itu dari dekat.

 

Kredit : boMb01

Wah! Morgan Freeman…

 

Kredit : boMb01

Mengagumi Senator Bernie Sanders juga.

 

Kredit : boMb01

Jarang dapat bertemu Jeff Goldblum.

 

Kredit : boMb01

Cate Blanchett sangat cantik dan mempesonakan dari jarak dekat…

Kredit : boMb01

Dan reaksi Mark Ruffalo apabila ramai netizen yang mengingatkan dirinya itu seorang bintang terkenal, aktor ini berkata, “Bintang? Saya? Tidaklah. Saya hanya secara kebetulan berada di kalangan orang terkenal.”

 

Kredit : Mark Ruffalo / Twitter

Reaksi Mark Ruffalo yang sangat comel. Bintang Hollywood terkenal yang tidak pernah lupa untuk merendah diri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber :KT NELSON/ Twitter , Cocomy


Apa Kata Anda?