[VIDEO] Kumpulan Elite Bersyukur Masih Kekal Di GV5. Peminat Puji Sasha Pandai Berjoget, Nampak Cantik Sangat!

Kumpulan Elite yang dianggotai oleh Sasha, Azza dan Linda bersyukur kerana dapat mara ke minggu ketiga Gegar Vaganza 5 (GV5).

Pada minggu kedua GV5 yang ber langsung malam tadi menyaksikan Safura menjadi bintang pertama yang tersingkir apabila mendapat kutipan markah paling rendah.

“Terima kasih kepada Allah kerana memberikan peluang lagi kepada kami. Kami juga berterima kasih kepada pihak Astro dan produksi kerana memberikan kami ruang untuk bertanding di musim kelima ini..

“Perasaan itu terlalu gembira, kami pun tak sangka dapat kekal bertahan. Kami mengambil setiap komen juri sebagai satu pembakar semangat. Kami berusaha untuk memperbaiki persembahan kami setiap minggu,” ujar Azza.

Mereka menyampaikan lagu Bulan Cinta nyanyian asal Amelina, mereka sering berbincang untuk mencapai kata sepakat..

“Sebagai peserta ber kumpulan, perbincangan itu memang penting. Jika peserta solo, latihan itu boleh dilakukan bersendirian, tetapi kami harus berkumpul terlebih dahulu..

“Memandangkan kami masing-masing sibuk dengan kerjaya dan keluarga, selalunya kami berbincang menerusi WhatsApp..

“ Alhamdulillah, kami saling memahami dan masing-masing berusaha untuk memberikan yang terbaik saban minggu,” kata Linda..

Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh disaksikan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Gegar Vaganza 5 | Konsert Minggu 2, Highlights & Keputusan

VIDEO :

Elite – Bulan Cinta | Gegar Vaganza 5

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Gempak via SoyaLemon


Apa Kata Anda?