“Ini Papa Ya .. Boprennn Mama” Elly Mazlein Muatnaik Gambar Papa Baru Buat Anaknya.

Menyebut sepotong nama Elly Mazlein, mudah untuk peminat terkenang pelbagai kontroversi mengaitkan dirinya terutama kisah perceraian dengan bekas suami, Hatta Azmi pada 15 Oktober 2015 sewaktu hamil empat bulan.

Lali dengan kritikan dan segala cacian ramai terhadap dirinya, Elly atau nama sebenar, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 36, nekad menumpahkan sepenuh komitmen terhadap kerjaya seni.

Terbaharu, satu gambar telah dimuatnaik di laman Instagram Elly Mazlein yang menunjukkan foto anak perempuannya bersama seorang jejaka yang kelihatan memimpin tangannya.

Kapsyen Instagram :

Ini Papa ya .. boprennn mama , aaagitchuuuu.. smbil tangan memetik bunga kekwa smbil menyelit bunga

ituhhhh di cuhhhping telinga

Ni bukan uncle butuqqq (daddy) 🤣🤣🤣🤣🤣🤣

Moga bahagia milik Putri Sara Sefhia dgn Lelaki baru dlm hidupnya💞

#AwanNano

#TqPapa

Kakak lina nak tanya.. anak ni klu ada papa baru dia, mama mmg kena pandai2 bawa diri ya…mmg x laku ya .. mmg tercampak ya .. klu nak mkn x nak duduk dkat baby chair, msti nak duduk dkat riba papa .. lpas tu asik nak dukung je .. x mo jln .. mmg mcm tu ke ?

Kakak lina tanya sbab x penah merasa sblum ni .

#TqPapaBaru 

#AwanNano

Rata-rata pengikutnya di laman Instagram tertanya-tanya akan gerangan lelaki tersebut kerana wajahnya sengaja ditutup dalam muatnaik tersebut.Tidak kurang juga yang mendoakan semoga Elly Mazlein mendapat kebahagiaan buat dirinya dan anaknya.

Sefhia dah ada papa…

Semoga bahagia selalu kak lina…

Suka sangat tengok kak lina dah ada pengganti…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : Instagram Elly Mazlein


Apa Kata Anda?