Elvina Kesal Komen Penonton ‘Urban’

PELAKON utama drama Isteri Untuk Diiktiraf (IUD), Datin Elvina Mohamad kesal dengan tindakan segelintir penonton menggelarkan diri mereka ‘urban’ yang mencerca dan mengutuk karya itu.

Pelakon mencipta nama menerusi drama bersiri Mariam Alisa itu meluahkan rasa sedih dengan komen negatif diberikan mereka.

Luahan serta komen itu dinyatakan penerbit drama IUD, Sheila Rusly menerusi laman Instagramnya, semalam.

Tindakan menimbulkan perdebatan tiga penjuru membabitkan pengarah IUD, Azman Yahya atau Jinggo, peminat drama dan penonton ‘urban’€™.

Dalam komen Sheila menerusi Harian Metro semalam, penerbit dan pelakon itu berkata, penonton terbabit punya pilihan dan pihaknya tidak pernah memaksa mereka menyaksikan IUD yang ditayangkan di TV1, setiap hari, jam 7 malam.

Sheila menyifatkan kutukan dan hinaan dibuat penonton ‘urban’ terbabit terhadap karya produksinya keterlaluan dan cuba menjatuhkan maruah produksi drama itu.

Elvina menegaskan sekiranya benar dakwaan mengatakan drama itu berada ditakuk lama dan tidak ada pembaharuan, mengapa ia masih menjadi pilihan setiap minggu.

“€œBayangkan sepanjang minggu lalu sehingga semalam IUD berada di tangga kedua trending di Twitter dan saya sendiri mendapat maklum balas positif daripada ramai penonton.

“€œMereka suka dengan cerita IUD. Malah semua pelakon menjayakan drama itu dikatakan berjaya menghidupkan watak masing-masing,”€ katanya.

Kata Elvina lagi, apabila membaca komen dimuat naik peminat ‘urban’™ terbabit ia seperti mahu memburuk-burukkan drama itu.

“€œKita boleh tahu orang yang mahu mengkritik itu ikhlas ataupun tidak. Bagaimanapun apabila melihat komen terbabit saya berasakan ia sangat negatif dan tidak ada sedikit pun unsur membina,”€ katanya.

Elvina bagaimanapun tidak bimbang dengan cubaan pihak™ terbabii kerana yakin dengan kekuatan jalan cerita IUD.

“Sheila dan Jinggo membuktikan karya dihasilkan adalah terbaik.

Malah tahun sebelum ini karya mereka mengisi slot sama muncul drama paling diminati mengatasi drama lain turut ditayang waktu sama.

“€œMenilai dari sudut itu, saya akui Sheila dan Jinggo sudah tahu dan faham pengisian bagaimana yang dimahukan penonton yang menonton saluran TV1 sepanjang bulan Ramadan ini,”€ katanya.

 

Sumber: hmetro

Sumber: Source


Apa Kata Anda?