Elyana Ambil Anak Angkat Lelaki ‘Sindr0m Down’

Elyana ,31, yang sedang bertarung dengan k4nser limfoma tahap empat sejak tujuh tahun lalu itu menjawab soalan-soalan peminat di Insta Story.

Hasil perkahwinan Elyana bersama suami, Khairul Anuar Husin pada 2010 telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Cinta Sumayyah yang kini berusia tujuh tahun.

Terdahulu, pelantun ‘Tak Tercapai Akalmu’ ini mengakui pernah hamil anak kedua namun terpaksa digugurkan kerana komplikasi penyakit k4nser yang dihadapinya dikhuatiri akan membahayakan diri dan bayi yang dikandung.

IG STORY ELYANA 

“Ya, ini anak saya cuma saya tidak melahirkannya. Kini umurnya genap sebulan 24 hari. Terima kasih atas doa-doa anda buat saya sekeluarga,” demikian tulis penyanyi Elyana yang mengakui telah mengambil seorang anak angkat lelaki penghidap ‘Sindr0m Down’ yang diberikan nama ‘Tulus’ sejak sebulan yang lepas.

[FOTO & VIDEO] ‘Sakit… Tapi Saya Kena Kuat’.. Elyana Kongsi Permulaan K4nser Datang Meny3rang

(Skroll ke bawah untuk tonton video penuh)

PENYANYI Elyana berkongsi mengalami kulit terbakar, kusam, berjerawat dan rambut gugur kesan daripada rawatan radioterapi yang dilakukan.

Elyana, 31, atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal berkata, dia hanya mampu bersabar dan kuat meskipun rawatan itu menyakitkan.

“Saya baru saja habis rawatan ini. Pada awalnya saya kena buat 10 kali radioterapi. Tetapi selepas habis, doktor nak tambah lima kali lagi. Namun, selepas melihat tindak balas baik ubat radiotertapi dengan badan saya, jadi doktor kurangkan kepada dua kali.

“Memandangkan saya jenis yang tak ikut betul-betul, saya hanya buat sekali saja. Satu lagi sesi saya ponteng. Keseluruhan saya kena 11 kali radioterapi. Diakui, ia memang sakit. Cuma kalau nak dibandingkan dengan kimoterapi yang lebih perit, radioterapi saya masih boleh sabar.

“Habis saja rawatan ini, mulut penuh ulser hingga susah nak makan dan minum. Malah, sepanjang rawatan ini, kulit saya terbakar, hitam, kusam, berjerawat dan rambut gugur. Pendek kata memang teruk,” katanya.

Minta tolong doakan Elyana kuat semangat untuk melawan penyakitnya, dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak baik, serta dapat sembuh dengan izin-Nya.

Doakan juga agar ahli keluarga Elyana diberikan kekuatan dan dapat menghadapi segala dugaan ini dengan tenang.

Amin…

Elyana yang berkongsi perkara itu di Instagram ‘live’ berkata, tahap kesihatannya juga tidak menentu selepas selesai menjalani rawatan itu.

“Macam kimoterapi juga, selepas buat rawatan, badan memang lemah dan tak kuat. Kadang demam dan kadang okey.

“Walaupun ada ketikanya tertekan, tapi saya kena ceria dan layankan saja. Disebabkan itu, saya ambil keputusan tutup Instagram selama dua minggu,” katanya.

Menerusi video itu juga, Elyana turut berterima kasih kepada peminat yang tidak putus mendoakan kesihatan dan kesejahteraan dirinya.

“Terima kasih buat anda yang sudah mendoakan kesihatan saya. Malah ada yang sudi buat buat solat hajat untuk saya. Biarpun tak dapat nak ucapkan depan-depan, saya sangat hargai. Terima kasih banyak-banyak.

“Kalau nak tahu, selama saya tutup sementara IG, saya rindukan peminat yang baik-baik. Mereka juga sumber kekuatan saya,” katanya.

Penyanyi dan pelakon, Elyana, memaklumkan sel k4nser kelenjar yang dihidapi sejak tujuh tahun lalu sudah merebak ke bahagian tulang belakang hingga menyebabkannya sukar berjalan.

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 30, turut mendedahkan dirinya berisiko lumpuh andai tidak membuang sel yang bersarang pada bahagian berkenaan.

“Hari ini (semalam) saya sepatutnya berjumpa doktor. ‘Limfa Node’ ini sudah berada di tulang belakang, tapi saya pun tak perasaan. Jadi kena buat CT scan untuk pengesahan.

“Sebenarnya doktor pun ada tanya, apakah saya berjumpa pakar berkenaan (penyakit) k4nser saya atau tidak? Sudah lama pun saya tak jumpa, rindu juga pada dia,” katanya.

Elyana menerusi muat naik beberapa pautan video di Insta Story di Instagram peribadinya, semalam, berkongsi situasi dilaluinya ketika ini dengan 736,000 pengikut.

Walaupun menahan kesakitan, dia tetap tampak positif, malah dalam perkongsian berkenaan dia sempat berseloroh dan berjenaka.

Dalam video lain, ibu kepada seorang cahaya mata berusia lapan tahun itu turut menunjukkan sebatang tongkat yang dihadiahkan kenalannya.

“Bukan Ali saja ada tongkat. Nana (Elyana) pun ada tongkat, Tongkat Nana. Ini hadiah daripada Bee, kawan saya. Senang ada tongkat ini yang banyak membantu saya berjalan,” katanya yang berkongsi keadaan dirinya itu dari katil hospital.

Selepas mengalami kesakitan pada bahagian belakang, akui Elyana, pergerakannya memang terbatas dan menyakitkan.

Menurut ahli keluarga terdekat, Elyana dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Subang Jaya, Selangor, sejak kelmarin berikutan keadaan kesihatannya yang menurun.

“Kami dimaklumkan sel menyerang bahagian atas pinggulnya, iaitu hujung saraf tunjang. Keadaan itu yang membuatkan dia mengalami kesakitan pada bahagian berkenaan.

“Buat masa ini, kami masih menunggu laporan daripada hasil CT scan. Apa pun, doktor menyarankan dia menjalani radioterapi bagi membunuh sel itu dengan segera.

“Memang kalau tidak dibuat segera, dia takkan dapat berjalan. Mungkin proses berkenaan akan dilakukan sama ada petang atau malam ini,” katanya yang enggan dikenali.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : myartis.com via viral sokmo


Apa Kata Anda?