Faizal dan Fara kembali bergabung selepas lima tahun

PETALING JAYA 19 Julai – Lima tahun membawa haluan masing-masing selepas meninggalkan konti Hot FM, akhirnya Faizal Ismail, 42 dan Fara Fauzana, 38, kembali bersatu mewarnai dunia penyiaran tanah air menerusi pelancaran platform digital yang dinamakan Dbilique.

Mula bersiaran genap setahun lalu pada 19 Julai 2017 dengan nama FBI Live yang diasaskan oleh Faizal, bekas penyampai stesen radio swasta itu menggunakan peluang tersebut untuk bergabung semula dengan rakan baiknya, Fara untuk penjenamaan baharu Dbilique.

“Bukan itu sahaja, kami turut mengundang bekas rakan sekerja kami iaitu Kartini Kamalul Ariffin atau Tini untuk sama-sama memperkasakan platform ini.

“Tini bertanggungjawab menguruskan hal-hal pentadbiran dan pengurusan serta berperanan selaku content creator atau pereka kandungan. Senang cerita, dialah orang kuat di sebalik kewujudan Dbilique.

“Ingin kami tegaskan bahawa Dbilique bukanlah stesen radio dan juga bukan stesen televisyen.

“Pada masa yang sama, kami tidak menganggap stesen-stesen radio dan televisyen sebagai pesaing, malah mengalu-alukan kehadiran personaliti radio dan televisyen selaku tetamu undangan,” ujar Faizal sambil dipersetujui Fara yang duduk di sisinya.

Sementara itu, Fara menjelaskan, terdapat beberapa segmen diperkenalkan bagi menarik minat semua golongan seperti Fafau & FBI Dbilique, Masaklah Aku, Rakan Biz, Artis Masuk Bilik, Dbilique Ada Kak Leha, Abe Jambu Memutik Dbilique dan Curlasss Ustaz Aiz.

Selain menampilkan Faizal dan Fara selaku hos utama, Dbilique turut menampilkan tiga muka baharu iaitu Faiz Dickie, Faiz Haiqal dan Aizuddin Kamarul Zaman.

Bahkan, nama Dbilique itu dipilih memandangkan konsep mereka yang bersiaran dari dalam bilik sambil memakai pakaian gaya santai iaitu lelaki dengan berkain pelikat, manakala wanita pula berbaju kelawar. – UTUSAN ONLINE

VIDEO:

Dari FBILIVE ke ???????????? DBILIQUE. . Hari ini 19 Julai 2018 Genap Setahun yang lalu, saya memulakan konsep #KontiRumah menggunakan salah satu bilik tidur rumah saya yang tak digunakan. Ber- tshirt dan berkain pelikat ditemani anak2 saya, kadang2 bini pun enter frame juga ???? . Pertama kali live di facebook, ada yang teruja, ada yang terkesima dan ada yang mempersenda. Ada kata takde keja, ada kata saya rindu nak jadi dj semula.. ???? apapun saya terima kerana imej radio mmg sukar dibuang. Niat saya hanya nak memperkenalkan satu konsep ‘live show di rumah’ yg belum ada di Malaysia. Dalam perjalanan live tersebut potensi nampak cerah dgn perkembangan dunia digital kini. Beberapa artis mula bertanya utk promosi lagu, tak kurang juga pemilik2 produk. Bergerak ke hadapan, saya tak mampu melakukan seorang diri, terima kasih @therealfafau @tini_ariffin yg sudi menyahut cabaran untuk bersama2 saya. Kalau diorg takde, saya mungkin bergerak mcm siput. . Kini dgn lahirnya @dbilique segala2nya di tahap baru. Perjalanan masih jauh dan cabaran makin meninggi. Kami terus mengharapkan sokongan dan doa kalian semua, semoga impian akan terlaksana. . Terima kasih . #nothingisimpossible #dbilique #fbilivebubar #bilafafaufbibergabung #digitalliveshow #kamibukantv #kamibukanradio

A post shared by Faizal Ismail (@faizalfbi76) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?