[VIDEO] Peminat Teruja Fattah Amin Kongsi Teaser Lagu Terbarunya Bertajuk “Isterimewa”

Sebut sahaja nama artis ini pasti ramai yang mengenalinya. Fattah Amin walaupun dilanda pelbagai gosip dan juga pembubaran kelab peminatnya baru-baru ini langsung tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan kariernya sebagai artis di industri muzik dan juga perfileman Malaysia. Tambahan lagi, rumahtangganya bersama Fazura semakin hari semakin bahagia.

 

Terbaru, Fattah telah memuat naik satu teaser untuk single terbarunya bertajuk ‘isterimewa’ yang disimbolkan sebagai luahan hati seorang lelaki kepada isterinya. Fatah dengan kapsyen di instagramnya menulis;

Assalamualaikum semua..Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi di atas kurniaan Ilham dariNya. Malam ini saya dapat kongsikan akustik teaser ‘ISTERIMEWA’ hasil ciptaan sepenuhnya oleh sahabat saya @melramlan .Lagu ini mengisahkan luahan ikhlas isi hati seorang lelaki yang ingin menjadikan wanita istimewa dalam hidupnya sebagai isteri.Versi akustik ini adalah TEASER kepada single terbaru saya, ‘ISTERIMEWA’ yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. Untuk mendengar full version ‘ISTERIMEWA’ versi akustik ini anda boleh click link bio di atas sekarang. Terima kasih di atas sokongan peminat-peminat saya yang sentiasa ada di hati saya, menyokong kerjaya saya. Anda semua terlalu istimewa bagi saya. Terimalah…
#Isterimewa

VIDEO:

Komen netizen;

Hui sedap suara bam tah…

Dengar easer pun dah rasa istimewa…

Perghh suara…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber: IG @fattahaminz

 


Apa Kata Anda?