[VIDEO] “Saya Suka Isteri Saya Macam Ni..Terlalu Cantik Dimata Saya, Tak Perlu Pinggang Kerengga!” – Fazley Yaakob

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mempunyai cara tersendiri dalam memberikan respon terhadap sesetengah peniaga ‘online’ yang mengiklankan produk di laman Instagram miliknya.

Terbaru, Fazley memuat naik promo rancangan InTrend x Alternatif yang memaparkan sesi temu ramah kisah cintanya bersama isteri, Datin Azrene Ahmad.

Di ruangan komen entri tersebut, ada peniaga ‘online’ mengiklankan produk untuk merampingkan serta mengecilkan pinggang seperti kerengga.

Tidak berdiam diri, Fazley menjawab iklan tersebut.

“Tak perlulah. Saya suka isteri saya macam ni. Terlalu cantik dah di mata saya. Tak perlu pinggang kerengga!” kata Fazley.

Respon Fazley terhadap peniaga ‘online’ itu mendapat perhatian segelintir peminat yang terhibur dengan jawapan yang diberikan.

Program InTrend x Alternatif yang menampilkan Fazley dan Azrene bakal bersiaran pada malam ini, jam 9 malam di Astro Ria dan Ria HD.

Dalam perkembangan lain, Fazley juga sedang giat mempromosikan lagu terbarunya yang berjudul Wo Ai De Ni.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber: gempak via @DiariDunia


Apa Kata Anda?