“Ada Isi Tuh”- Netizen Sangka Fazura Mengandung Bila Fattah Amin Kata Fazura Tidak Sihat

Pelakon dan penyanyi berkongsi foto bersama isterinya, Fazura di laman Instagramnya, hari ini.

Di ruangan kapsyen, kelihatan Fattah berkongsi mengenai kesihatan isterinya.

“She’s not feeling well. Kesian my sayang @missfazura,” tulisnya.

Susulan itu, ramai yang mempersoalkan sama ada Fazura tidak sihat kerana berbadan dua.

Pasangan tersebut berkahwin pada November tahun lalu dan mengadakan majlis resepsi Februari lalu.

[GAMBAR] “Dah Pandang Jodoh Saya, Tapi Dia Tak Pandang…,” – Muat Naik Foto Di IG, Ini Respon Fazura

“Kalau dah jodoh tak kemana,”, Itulah ungkapan sesuai buat pasangan popular Fattzura (Fattah Amin dan Nur Fazura) yang sentiasa ceria bersama. 

Menariknya, Fattah telah memuat naik foto di Instagram yang melihatkan satu babak dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadocia lakonan isteri tercintanya. 

“Masa ni saya dah pandang dah jodoh sy.. Tapi dia tak pndang sy pun @missfazura.. #jodohrahsiaAllah #jodohpastibertemu,” tulis Fattah di ruangan kapsyen. 

Gambar tersebut telah mendapat puluhan ribu tanda suka (likes) dan pastinya netizen telah memberikan pelbagai jenis komen menerusi gambar itu.

Lantas, Fazura turut memberi komen terhadap gambar tersebut. 

“Nak pandang malu.. nanti takut terjatuh cinta, awak pula tak mahu,” balas Fazura. 

Mereka mula digandingkan bersama menerusi drama Hero Seorang Cinderella (HSC) lalu timbulnya bibit-bibit percintaan antara pasangan merpati dua sejoli ini. 

Apa-apa pun, BS doakan semoga kalian kekal bahagia hingga Jannah dan sentiasa sukses dalam apa jua bidang! 

Foto : IG Fattah Amin 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: MediaOhsem


Apa Kata Anda?