FEEYA ISKANDAR SELAMAT LAHIRKAN ANAK KEDUA

Suami kepada bekas penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar, Nurashid Abd Wahab menerusi laman Instagram miliknya telah memaklumkan yang isterinya telah selamat melahirkan anak kedua mereka pada pukul 1.12 pagi tadi.

Difahamkan, Feeya atau lebih dikenali dengan panggilan Cik Piah itu melahirkan seorang bayi lelaki secara normal dengan 3.24 kg.

“Alhamdulilah syukur isteri saya Selamat melahirkan baby boy yang ke 2 kami pada pukul 1.12 pagi berat 3.24 kg lahir secara normal bersama Dr khamsiah dan tidak lupa kepada nurse dan Mak bidan yang Banyak membantu di dalam labour room segalanya berjalan dengan lancar #amanahallah #adikmalique #Nuharyyan,” maklum suami Cik Piah.

Untuk makluman, anak sulung Cik Piah dan Nurashid bernama Adam Malique yang lahirkan pada 7 Februari 2017.

Tahniah kami ucapkan dan semoga kehadiran cahaya mata baru ini bakal menyerikan lagi rumah tangga pasangan tersebut.

Klik untuk gambar besar

Anak sulung Cik Piah, Adam Malique

www.myartis.com / Sumber: Feeya Iskandar IG & Nurashid Abd Wahab IG


Apa Kata Anda?