Floor88 Dah Jumpa ‘Partner’ Ayie – “Ramai Salah Faham, Sampaikan Penganjur Risau Ingat Nak Tukar Vokalis”

HASRAT kumpulan Floor88 untuk mencari vokalis kedua mengundang salah faham dalam kalangan peminat serta penganjur yang menyangka mereka ingin mencari pengganti Ayie. 

Justeru itu, kumpulan ini menjelaskan pencarian bakat baharu itu bukanlah untuk menggantikan posisi Ayie, sebaliknya hanya menjadi teman pentas kepada penyanyi tersebut.

Menurut pemain keyboard kumpulan itu, Eric Fuzi, selepas tular berita pencarian vokalis kedua itu, ramai pihak yang salah faham termasuklah penganjur acara.

“Kita iklankan pencarian vokalis kedua itu bukan sebab nak gantikan Ayie tetapi hanya jadi partner atau rakan gandingan di atas pentas, sebab Ayie perlukan rehat selama dua minggu kerana masalah pita suara.

“Memandangkan sekarang keadaan Ayie dah sihat, kita tetap teruskan pencarian itu dan sepakat untuk jadikan penyanyi yang terpilih itu sebagai protege kami.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

🔥 🔥 🔥 Guys ! Sebelum nie keputusan yang kitaorang bagi tu gurauan je. Kalini betul betul keputusan untuk #2ndvokalisfloor88 . Kami janji ini yang betul betul bukan cobaan ! Kalau nak tahu siapa pemenangnya , boleh swipe kiri ! Terima kasih pada yang menyertai 🙏🏽🙏🏽🙏🏽 #2ndvokalisfloor88

Siaran dikongsi oleh Floor 88 (@floor88band) pada

 

Vokalis kedua akan menemani Ayie di pentas dan menjadi protege kumpulan Floor88.

“Ramai sangat salah faham, sampaikan penganjur pun risau dan menyangka penyanyi baharu yang akan menggantikan Ayie… sebenarnya bukan! Ayie adalah vokalis tetap Floor88,” katanya kepada mStar.

Pada 14 Januari lalu, Ayie tiba-tiba rebah dan pengsan ketika menyanyikan lagu Aqilah di Konsert Gempak Negeri FM. 

Doktor menasihatkan agar Ayie berehat daripada bidang nyanyian sekurang-kurangnya tiga minggu kerana mengalami kecederaan pada kotak suara.

Dulu doktor sarankan Ayie berehat selama dua minggu sahaja, sekarang kesihatan dia dah baik sepenuhnya. Tak ada masalah untuk buat persembahan dan semuanya baik-baik sahaja!

ERIC FUZI

AHLI KUMPULAN FLOOR88

Sementara itu, menerusi laman Instagram, Floor88 mengumumkan mereka memilih pelajar berusia 19 tahun sebagai rakan gandingan Ayie dalam kumpulan tersebut.

“Ramai yang hantar penyertaan, jadi tak elok pula kalau kita hentikan pencarian sebabnya ramai yang bersungguh-sungguh dan menyatakan minat menjadi sebahagian anggota Floor88.

Ayie sudah sihat dan akan kembali menghiburkan peminat.

“Akhirnya kami sepakat memilih Fariq iaitu pelajar dari Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) sebagai rakan gandingan Ayie.

“Kita sudah terangkan mengenai posisinya dalam kumpulan ini dan dia faham. Dalam masa sama kami akan bantu membentuk dia jadi seorang penyanyi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Eric memberitahu keadaan kesihatan Ayie sudah pulih sepenuhnya dan tiada masalah untuk dia memenuhi undangan nyanyian.

“Dulu doktor sarankan dia berehat selama dua minggu sahaja, sekarang kesihatan dia dah baik sepenuhnya.

“Tak ada masalah untuk buat persembahan dan semuanya baik-baik sahaja. Alhamdulillah!,” katanya.

Sumber: mstar


Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*