
Sekeping foto yang dimuat naik pelakon dan model, Diana Danielle menerusi Instagram menjadi buah mulut netizen apabila rata-ratanya memuji kecantikan semulajadi selebriti berdarah kacukan itu.
Meski sudah pun memiliki sepasang cahaya mata, isteri kepada aktor Farid Kamil ini tetap mempunyai aura cantiknya yang tersendiri.
Apa yang menariknya, ada peminat yang menilai penampilan pelakon filem Hanyut itu dengan beberapa selebriti tempatan antarabangsa. Ada yang mengatakan Diana saling tidak tumpah seperti mendiang Puteri Diana, Sofea Jane, Scarlett Johanson dan ramai lagi.
Malah ada yang samakan persalinan yang dikenakan Diana saat menghadiri Minggu Fesyen Kuala Lumpur lalu itu seperti salah satu watak menerusi filem superhero The Avengers dan watak permainan video.
Ok, jom BS belanja gambar cantik Diana ni. Ayu dan lembut je raut wajah datin muda ni kan guys?
VIDEO :
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady
Sumber : Instagram Diana Danielle via MediaHiburan