[VIDEO] Inilah 4 Foto Kekasih Zamani Slam Dan Cantik Orang Nya

(Skroll ke bawah untuk tonton video)

Zamani Slam yang baru sahaja mengakhiri pertandingan Gegar Vaganza musim kelima dengan tempat ketiga dan seringkali dikaitkan dengan siapakah jodohnya. Kegagalan melontarkan suara pada lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta pada tempoh hari yang lepas telah memberi impak yang tinggi pada media, masyarakat dimana peminat peminat Zamani tampil menzahirkan kesedihan dan mendoakan kepadanya agar kembali pulih seperti sedia kala.

Berikut Merupakan sedikit perkongsian mengenai Biodata Zamani :

1. Bergelar vokalis kumpulan Slam dari 1994 hingga 1999, sebelum menjadi penyanyi solo sejak tahun 2002.

2. Awal tahun 2015, beliau ditangkap kerana memiliki dan mengambil d@dah, kemudiannya dirawat di pusat pemulihan.

3. Beberapa bulan menjalani rawatan, Zamani disahkan bebas daripada najis d@dah dan akhirnya kembali membuat kemunculan semula dalam dunia muzik pada tahun 2016.

4. Antara lagu-lagu popularnya seperti Kembali Terjalin, Tak Mungkin Berpaling, Nur Kasih, Gerimis Mengundang, Jika Kau Rasa Getarnya, Mentari Muncul Lagi, Rindiani, Kembali Merindu, Syair Si Pari-Pari dan Kala Hujan.

5. Lagu Gerimis Mengundang sewaktu menempa populariti luar biasa suatu ketika dahulu pernah dialihbahasakan kepada 21 bahasa di seluruh Asia.

6. Sebagai pelakon, Zamani pernah membintangi filem arahan Yusof Haslam berjudul Bara (1999), bersama Nasha Aziz dan Awie. Telefilem dilakonkannya pula ialah Syair Si Pari-Pari (2002) dan Celak Pak Andam (2009).

7. Selain meraih pelbagai pengiktirafan anugerah, kumpulan Slam yang dianggotainya juga telah mengadakan beberapa konsert berskala mega dan antara yang paling diingati ramai pastinya Konsert Grand Slam Unplugged yang berlangsung pada 3 Ogos 1996 dengan iringan gah muzik orkestra bertempat di Stadium Negara.

8. Bagaimanapun, kemunculan semula Zamani pada tahun 2016 kurang mendapat sambutan kerana beliau mendakwa single yang dikeluarkan berjudul Tambatan Hati tidak dimainkan di stesen radio hingga tidak disedari peminat.

9. Namun Zamani enggan berputus asa untuk terus mengeluarkan single berkualiti demi diterima semula dalam dunia hiburan.

10. Pada September 2018, beliau mengambil keputusan untuk menyertai rancangan realiti popular, Gegar Vaganza musim kelima, bersaing bersama 11 penyanyi iaitu Amelina, Safura, Maya Matahari, Noryn Aziz, Farawahida, Hetty Sarlene, Dia Fadilla, Shafie (Rio), kumpulan Elite, Forteen dan pasangan duo Billy Zulkarnain.

Jom Lihat Video Penuh Dibawah :

Jom lihat juga apa kata netizen, ada juga netizen yang meluahkan rasa cinta pada Zamani ya, Sweet nya kan :

Sebenarnya dah tahu Dari dulu lagi abang zamani hatinya sudah dimiliki Oleh wanita yang bernama Juliana Ni. If imbas balik and tgk YouTube beberapa klip mmg Juliana yang sentiasa bersama beliau. Malah dalam konsert Gv Juliana beberapa Kali menghadiri konsert dan berdiri di sebelah group adikabang fans club. Semasa konsert Gv yang abang zamani sakit, dapat dilihat Juliana menangis. Siapa pun jodoh beliau sebagai peminat, Kita perlu menyokong and merestui siapa pun Pilihan beliau. Honestly Saya pun meminati beliau and honestly memang jatuh hati pada beliau sejak di Zaman slam lagi, namun siapala Kita , hanyalah peminat yang beliau tidak pernah kenali pun, menyintai beliau dan ingin memiliki beliau namun di alam fantasi bukan reality kerna hatinya sudah dimiliki. Ap2 pun semoga abang zamani bahagia selamanya. Semoga jodoh berkekalan and Juliana dapat menjaga beliau smpai akhir Hayat. Amin yarobalamin

Aku terima je siapa pun jodoh Zamani…tapi aku nak bagi soalan…Kalau Zamani sakit..sanggup ke dia berkorban menjadi kaki dan tangan untuk Zamani?mungkin ibubapa perempuan tu yang belum pasti nak terima Zamani..ialah..,siapa yang mahu anak dia hidup dengan lelaki yang di ketahui dah sakit…,Moga Zamani sembuh dan sihat.Nak tengok Zamani naik pelamin dan hidup bahgia..Harap bakal isteri Zamani..terima Zamani seadanya..sanggup hidup susah senang ngan dia..

Siapa pun jodoh Zamani, ingatlah yang cik sebenarnya mengahwini semua umat Melayu dan Islam di dunia kerna beliaulah Aduka bani Adam. Cik juga memelihara warisan generasi pejuang kemerdekaan tanahair kerna beliau juga ialah Bongkok Tualang Tiga

Dah kenal lama dah memahami antara satu sama lain kawin je lah Zamani ..jgn nanti jadi mcm Ct plak lagi , dah kenal 6thn akhirnya terpisah .. Yg ni dah kenal 5thn apa lagi nak tunggu ..nanti terpisah lagi sbb tunggu lama Sgt Zamani masuk meminang ..wanita pun bosan gak jika x ada kepastian .. Jgn tunggu lama² nanti diambil org .. Apa pun semua tu berblk jodoh ..kerana jodoh ketentuan Allah .. Jika x ada jodoh mmg mcm² halangan .. Semuga segalanya berakhir dgn baik jgn ada yg patah hati lagi ..all the best for Zamani ..

Akhirnya Zamani Dedah Siapa Kekasihnya. Rancang Ke Jinjang Pelamin.

Siapa tak kenal penyanyi legend malaysia, Zamani Slam.. Merupakan vokalis kumpulan slam, dan tempat ke 3 gegar vaganza musim lima.

Mempunyai suara yang lunak merdu dan vocal yang high.Suatu ketika dahulu popular dengan lagu gerimis mengundang, beliau pernah digosip kan dengan penyanyi tersohor negara iaitu datuk sri siti nurhaliza, kabarnya sudah bercinta selama 6 tahun.

Akhirnya Zamani Dedah Siapa Kekasihnya. Rancang Ke Jinjang Pelamin.

Baru baru ini gempar, zamani telah berterus terang dalam rancangan gegar vaganza yang mana beliau berkata yang beliau sering dah berpunya.

Malah, Ramai perminat terkejut dengan pengumuman zamani, yang beliau mempunyai penyakit misteri dan berisiko untuk lumpuh.

Dalam perkembangan itu, zamani berkata, ramai peminat yang menghantar sms di instagram nya, sama ada ingin berkenalan, dan ada juga yang mahu meminangnya, jelasnya lagi.

“kami masih lagi dalam tempoh berkawan, belum lagi ke peringkat seterusnya, takut juga famili perempuan tidak suka, kalau dah jodoh sy terima, katanya lagi”

Akhirnya Zamani Dedah Siapa Kekasihnya. Rancang Ke Jinjang Pelamin.

Zamani juga berseloreh, “Siapa yang tak nak kawin kan, dalam usia sebegini perlunya ada seorang peneman pendamping”

Apa pun semoga zamani cepat temui jodoh dan kekal hingga ke jannah, amin. Semoga abg zamani sihat sentiasa, kalau boleh kami mahu abg zamani teruskan kerier nyanyian.

Semalam, semasa menjadi tetamu program MeleTOP, Nabil dan Neelofa ada bertanyakan tentang jodoh Zamani. Dia dah berpunya ke belum? Bila nak kahwin?

Memetik temubual dari Sinar Harian, Zamani mengakui menyimpan hasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang sudah dikenali sejak lebih lima tahun lalu.

Bagaimanapun, dia tidak menetapkan sebarang tarikh mahupun merancang hari bahagianya itu kerana mahu memberi tumpuan terhadap rawatan sakit belakang yang dihadapi sejak beberapa tahun lalu.

Akhirnya Zamani Dedah Siapa Kekasihnya. Rancang Ke Jinjang Pelamin.

Ujar figura berusia 47 tahun ini, doktor mengesahkan dia menghidapi penyakit Skoliosis, yang mengakibatkan tulang belakang membengkok. Kebiasaannya tulang belakang pesakit penyakit ini akan membengkok kepada huruf ‘S’ atau pun ‘C’.

“Selepas berakhirnya Gegar Vaganza (GV), Insya-Allah saya akan teruskan karier seperti biasa. Alhamdulillah impak dari program ini juga sudah dirasai.

“Namun saya juga akan rehat seminggu dua untuk teruskan rawatan sakit belakang. Jika perlu, mungkin saya kena rehat lebih lama lagi.

“Sejak menghidapi penyakit ini, saya tidak boleh berdiri lama ketika buat persembahan dan nak tarik suara pun susah. Adakalanya memang mengganggu juga.

“Doktor pun ada cadangkan untuk menjalani pembedahan, memandangkan makin banyak tulang yang bengkok. Tapi bila diterangkan kesan iaitu saya mungkin lumpuh, jadi saya tak mahu lakukan.

“Jadi sebab itu saya mahu memberi tumpuan untuk baikkan dulu tulang belakang dan selepas itu barulah fikirkan untuk mendirikan rumah tangga,” – Zamani

Zamani mengesan penyakitnya itu sejak menyertai Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih).

Tambah Zamani, selain bergantung dengan ubat tahan sakit, mendapatkan rawatan dari doktor, dia juga merancang untuk menjalani rawatan alternatif iaitu akupunktur.

“Sebenarnya pihak Pengasih ada bawa saya untuk jalani rawatan alternatif menerusi akupunktur dan satu lagi rawatan tapi saya tak ingat namanya. Namun silap saya kerana tidak follow up balik kerana sibuk.

“Insya-ALLAH kita tengoklah selepas ini, mungkin saya akan cuba,”

Dalam pada itu, ditanya tentang identiti wanita yang berjaya bertakhta di hatinya, Zamani berkata, sikap wanita tersebut yang memahami dan banyak membantunya telah membuatkan dia selesa berkawan dengan wanita terbabit.

Bagaimanapun dia belum bersedia berkongsi gerangan wanita tersebut, bagi mengelakkan malu sekiranya apa yang dirancang tidak berlaku.

“Bagi saya dia seorang wanita yang baik, dia boleh terima saya seadaanya, banyak membantu saya, faham saya.

“Sekarang ini bagi saya di bahagian saya tidak ada masalah, cuma saya risau keluarga tak boleh terima.

“Tapi kalau saya ke peringkat seterusnya saya akan maklumkan pada semua. Siapa yang tak nak kahwin kan. Lebih-lebih saya yang dah berumur,”

VIDEO :

Sama-sama kita doakan Zamani mendapat jodoh yang dapat melengkapi hidupnya dan membinbing ke jalan yang diredhai. Insyaallah. Amin.

Share video ini, tanda sokongan kita kepada penyanyi legend.

Zamani Sedang Mencari Jodoh? – Zamani Nak Pilih Siap tu?? Untung Laa..

PENYANYI Zamani berkata dia sedang serius mencari teman wanita bagi menamatkan zaman bujangnya.

Malah Zamani, 47, mengakui sedang mengenali beberapa wanita.

Saat Zamani mengakui sudah berpunya

“Adalah saya berkenalan dengan beberapa orang… berkawan biarlah ramai.

“Sekarang saya masih mencari-cari dan looking forward,” katanya kepada mStar Online.

Zamani ditemui pada sidang media konsert akhir program Gegar Vagansa musim kelima (GV5) pada Ahad malam.

Menerusi program itu Zamani mendapat tempat ketiga GV5 dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort berserta sebuah trofi.

Zamani menyampaikan lagu Bunga duet bersama Billy Zulkarnain

Bercerita mengenai tugasannya untuk menyanyikan lagu rap iaitu Bunga nyanyian asal Altimet, Zamani berkata dia berpuas hati dengan persembahan itu.

“Mungkin nyanyian saya tidak sebaik rappers sebenar namun saya lega apabila mendapat komen positif daripada juri,” katanya.

VIDEO : “Saya sedang berkenalan dengan beberapa wanita…looking forward” – Zamani

GV5 Akhir: Zamani beraksi ‘lebih daripada biasa’, buktikan kemampuan sebenar

Meskipun tidak bergelar juara seperti yang diharapkan para peminat tegarnya, namun kumpulan penyokong Zamani di seluruh negara mengecap kepuasan apabila penyanyi kegemaran mereka itu akhirnya membuktikan kemampuan yang ‘lebih daripada biasa’.

Zamani meninggalkan cenderamata paling istimewa buat semua apabila menjayakan persembahan battle bersama Billy Zulkarnain menerusi lagu Bunga dendangan asal Altimet

Pergerakan lincah dan ketepatan nyanyian mengikut tempo pantas serta menyanyikan baris rap membuatkan para penonton teruja dengan percubaan Zamani.

Begitu juga dengan persembahannya secara duet dengan Ameng menerusi Lagu Jiwa, Lagu Cinta, yang menyaksikan Zamani begitu selesa mengalunkan lagu daripada penyanyi asal Mazi dan Datuk M. Nasir tersebut.

Ternyata, pelantun lagu Gerimis Mengundang itu benar-benar mahu menebus kekecewaan dirinya tidak dapat beraksi dengan baik dalam salah satu minggu konsert hingga mencetuskan kontroversi.

Sebelum itu, setiap kali malam konsert di sepanjang program itu berlangsung, Zamani sering dilihat tidak memaksimumkan ruang pentas di Auditorium MBSA berkenaan dan hanya menumpukan perhatian pada nyanyiannya.

Namun untuk aksi di peringkat akhir, ini persembahan Zamani yang tidak akan dilupakan para peminatnya:

Zamani Slam menjadi perhatian utama di pentas Gegar Vaganza musim kelima. Sebuah lagu berjudul Lagu Jiwa Lagu Cinta diberikan kepadanya dan duet bersama Ameng Spring.

Zamani duet Bersama Ameng :

Setelah selesai menyanyikan Lagu Jiwa Lagu Cinta bersama Ameng, Zamani sekali lagi membuat persembahan dengan lagu Rap iaitu lagu Bunga bersama Billy Zulkarnain. Jom lihat video nya dibawah.

VIDEO :

Terdapat juga netizen yang mempersoalkan perihal genre lagu yang dibawa oleh zamani. Persembahan yang membuatkan juri berdiri ini membuktikan Zamani mampu untuk menyanyi lagu Rap. Namun, mampukah Zamani menjadi Juara Gegar Vaganza pada musim kelima pada tahun 2018?

Jom Lihat juga apa kata netizen dibawah :

wuhuuuu..zamani juaraaaa gv5

Serious mmg sedap

Zamani over dosse malam.ni terbaikkkkkkkkkkk dasyat joget..

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : RimbaBara


Apa Kata Anda?