[FOTO] Sering Dikaitkan Dengan Elfira Loy, Akhirnya Lelaki Ini Dedah ‘Teman Wanitanya’ Yang Sebenar!

Sebelum ini, usahawan muda, Asyraf Mazlan pernah digosipkan bercinta dengan pelakon Elfira Loy selepas akstress cantik itu putus tunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi. Hubungan mereka itu telah menjadi bualan netizen apabila sekeping gambar yang dimuat naik oleh Asyraf menjadi tular di media sosial. Dek kerana itu, netizen telah membuat spekulasi sendiri mengenai hubungan mereka.

Namun, Elfira menyelar kenyataan tersebut dan beliau menganggap Asyraf hanya sekadar kawan biasa.

Terbaru, Asyraf telah memuat naik beberapa buah gambar di akaun Instagramnya bersama seorang wanita berhijab yang cantik  dikenali sebagai Natasya Nazreen.

Tidak dapat dikenalpasti status hubungan mereka yang sebenar, namun mereka sering memuat naik gambar bersama di akaun Instagram masing-masing.

Natasya atau mesra dengan panggilan Tasya merupakan seorang Instafamous yang memiliki 135,000 orang pengikut di Instagramnya itu.

 

Sumber : OhMyMedia / Soyalemon


Apa Kata Anda?