(Foto) Tahniah Yuna Dan Adam Selamat Dinikahkan

Penyanyi Yunalis Mat Zara’ai atau lebih dikenali sebagai Yuna, 32, selamat bernikah dengan jejaka pilihan hatinya, Adam Yuosof Mohamed Sinclair, 34, tepat 7 petang tadi di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.

Pasangan mempelai dinikahkan Jurunikah Majlis Agama Bentong, Ustaz Azmi dengan hanya sekali lafaz.

Yuna yang manis dalam persalinan rekaan Hatta Dolmat menerima sembilan dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas 11 dulang.

Manakala mas kahwin dan wang hantaran dirahsiakan.

Majlis yang diadakan secara tertutup dihadiri 300 tetamu membabitkan keluarga dan rakan terdekat dari Malaysia dan Amerika Syarikat.

“Terima kasih atas doa dan sokongan daripada semua pihak,” katanya ringkas.

Yuna dan Adam akan mengadakan sidang media khas esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya bagi berkongsi lanjut mengenai pernikahan mereka.

Pasangan ini bakal mengadakan majlis resepsi pada Ahad ini di hotel ternama di Kuala Lumpur.

Terdahulu Yuna dan Adam bertunang pada 5 Ogos lalu.

Teks – Hmetro


Apa Kata Anda?