Fouziah Gous Menggigil Bagi ‘Susu Badan’ Pada Anak Orang Lain

Susu ibu sememangnya tidak dinafikan adalah pemakanan awal terbaik yang paling sesuai untuk si bayi.

Bagi ibu yang bekerjaya, sudah tentu penting untuk merancang simpanan stok susu ibu supaya sentiasa cukup untuk memenuhi keperluan dan menjayakan jadual penyusuan bayi walaupun bekerja.

Kami difahamkan, Fouziah menghasilkan sendiri stok susu ibu melalui teknik pengepaman. Namun ada saja netizen yang menyelar tindakan Fouziah ini.

Teguran Netizen

Fouziah Gous nampaknya telah mendapat teguran dari netizen dek kerana isu menyimpan stok susu badan kepada anak keduanya. Jika dilihat pada reaksi Fouziah, netizen ini mempersoalkan tindakan Fouziah menyimpan terlalu banyak sehingga tiada masa untuk bayi minum.

Kontroversi itu bermula selepas netizen ini yang dikenali sebagai Fixmaxzaleha menghantar DM(Direct Message) kepadanya di Instagram.

Ekoran teruk menerima teguran berhubung isu berkaitan, Fouziah dilihat tampil bagi menjelaskan hal sebenar yang berlaku sekaligus menyelar semua dakwaan tersebut. Penjelasan ini dimuatnaik menerusi Instagram Storiesnya semalam.

Fouziah menjelaskan bahawa dia berbuat demikian untuk memastikan anaknya mendapat penyusuan yang terbaik. Dia sendiri akui, bukan mudah untuk menghasilkan susu dengan cara pengepaman. Dia memperuntukkan masa sekurang-kurangnya 4 jam untuk membuat simpanan stok susu ibu.

 

Kongsi Rezeki Dengan Anak Orang Lain

Bukan untuk anaknya sendiri, Fouziah juga mendedahkan kadang kala dia memberi sebahagian stok susu tersebut kepada bayi yang memerlukan.

Anak Kedua Sudah Berusia 5 Bulan

VIDEO :

Pada 11 November 2017, Fouziah selamat melahirkan bayi lelaki seberat seberat 3.04 kilogram, di sebuah pusat perubatan di ibu kota. Fouziah turut memperkenalkan nama putranya itu iaitu Zaheen Yusof Md Zhafran.

Bekas pengacara program Nona itu mendirikan rumah tangga dengan Zhafran pada 22 September 2013 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Zeeshan yang bakal mencecah usia dua tahun.

 

Sumber : Instagram Fouziah Gous

Kredit; Soyalemon


Apa Kata Anda?