“Fuhh terkejut dia, terus gigit jari…” Alif Satar & isteri sambut ulang tahun kelahiran anak

Walaupun sentiasa sibuk dengan jadual harian yang padat dengan penggambaraan drama, namun pelakon dan penyanyi Alif Satar sentiasa meluangkan sedikit waktu untuk bersama keluarga tercinta.

Semalam, pelakon drama bersiri Red Velvet itu telah mengadakan sambutan hari lahir anaknya Alisha Anugerah yang baru mencecah usia tiga tahun.

Alif dan isterinya Shadila Halid telah membuat kejutan untuk anaknya yang kelihatan mereka keluar dari sebuah kotak menerusi sebuah video ‘boomerang’ di laman Instagram miliknya.

Alisha’s best birthday present just came in. ????❤️????

A post shared by Alif Satar (@alifsatar) on

Sambutan itu menarik perhatian pengikutnya yang rata-rata tidak ketinggalan untuk mengucapkan selamat hari lahir buat anaknya serta mendoakan yang terbaik buat keluarga mereka.

Happy birthday Alisha!

Terkejut birthday girl…

Comel sangat Alisha nih!

Terus gigit jari!

Alif dan isterinya berkahwin pada 15 September 2014 dan mereka turut mempunyai seorang lagi cahaya mata iaitu Ariana Mecca yang kini berusia satu tahun.

Sumber : Alif Satar , Shadila Halid / Ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?