Gadis ‘cute’ dari Indonesia, Ismail Izzani tayang teman wanita di Instagram?

Penyanyi remaja yang popular dengan lagu Sabar dan Luar Biasa, Ismail Izzani baru sahaja putus cinta dengan seorang model hijabista, Sharifah Rose awal bulan lepas. Hubungan Ismail dengan Rose terhenti di tengah jalan kerana wanita berkenaan mendakwa Ismail bersikap curang terhadapnya sebanyak enam kali.

Walau bagaimanapun, Ismail telah move on dan mahu fokus kepada kariernya sebagai seorang anak seni. Terbaru, penyanyi berusia 18 tahun itu telah memuat naik beberapa buah gambar di akaun Instagramnya.

Gambar tersebut melihatkan Ismail dengan seorang gadis comel bernama Ashira Zamita telah bergambar bersama. Difahamkan, Ashira berusia 15 tahun dan berasal dari Indonesia.

Mempunyai minat yang sama dalam bidang muzik, Ashira dan Ismail menjadikan muzik sebagai satu kekuatan untuk mereka semakin rapat dan mesra. Ashira juga seorang penyanyi remaja dan penulis lirik tidak ketinggalan untuk memuat naik gambar bersama di akaun Instagramnya.

Mempunyai minat yang sama.

???????? x ???????? Best Part ft. @ismailizzani_ // Tag someone ???? #AshiraCover #Ismailizzani #bestpart #indomusikgram #vokalplus

A post shared by Ashira Zamita (@ashirazamita) on

Instafamous di Indonesia.

 

Dek kerana gambar yang dimuat naik Ismail dan Ashira itu, rata-rata peminat mereka telah memberi respon bahawa mereka mempunyai chemistry dan tampak sweet. Terdapat juga segelintir dari mereka khususnya gadis diluar sana yang mulai ‘patah hati’ kerana Ismail sudah mempunyai teman wanita.

Muka sama, ada jodoh.

Gadis-gadis mulai ‘jealous’ dengan Ashira.

Walau bagimanapun, Ismail menganggap Ashira adalah teman rapat dari negara seberang yang mempunyai minat yang sama dalam bidang muzik. Beliau menepis dakwaan yang mengatakan dia dan Ashira adalah pasangan kekasih.

Beliau juga telah memuat naik status di Instagram Stories iaitu “Saya sayang penyokong saya dan rasa kasih sayang itu sudah cukup bagi saya. Terima kasih.”

 

Sumber : Sumber

SoyaLemon.ORG


Apa Kata Anda?